Tuesday, October 29, 2013

Syarikat keselamatan tak senang duduk





Disebabkan Lahabau ni banyak pulak kaum keluarga dia yang kena tangkap....boleh kata siapa rapat dengan dia memang boleh kena soal siasat lah....Aku kompom Lahabau ni kena sumpah seranah dengan kaum kenalan...Telalu menyusahkan...

 KUALA LUMPUR – Seramai 11 orang ditahan berhubung pembunuhan seorang pegawai bank wanita oleh pengawal keselamatan minggu lalu.

“Penahanan yang terbaru dilakukan pada Ahad di Johor,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd. Adnan Abdullah ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata penahanan dibuat bagi membantu siasatan dalam mengenal pasti di mana suspek berada.

Namun beliau enggan memberitahu maklumat tentang mereka yang ditahan dan hubungan mereka dengan suspek.

 Disebabkan si Lahabau ni juga lah seluruh syarikat keselamatan dalam negara panas buntoit..mana tak nya...Hampir 30000 pengawal keselamatan warga asing di soal siasat dan bakal di tamatkan perhikmatan kerana melanggar syarat.....ambik kau.....

Lambakan Pengawal Keselamatan Haram Warga Asing Di Malaysia

Yang pasti faktor gaji murah dan tidak perlu mencarum wang persaraan dan keselamatan sosial mendorong syarikat kawalan keselamatan ambil jalan mudah menggaji pengawal keselamatan tidak sah.

Dan, dengan lambakan lebih 30,000 pengawal "haram" warga asing adakah wajar meletakkan nyawa rakyat sebagai taruhan.

Tragedi yang menimpa pegawai bank yang maut ditembak pengawal keselamatan minggu lalu, seakan membuka sisi hitam industri kawalan keselamatan negara.

Warga asing ini dikatakan menggunakan kad pengenalan palsu dan diambil bertugas sebagai pengawal di lokasi berisiko tinggi seperti sektor perbankan.

Mengikut Akta Agensi Persendirian 1971, Pengawal Keselamatan mesti warga malaysia atau bekas tentera warga nepal.

Lain-lain warga asing termasuk yang berstatus penduduk tetap, tidak dibenarkan sama sekali.

Hakikatnya, terdapat lambakan puluhan ribu pengawal tidak sah di negara ini.

Dan angka itu semakin membimbangkan.


 Lambakan warga asing yang sentiasa membimbangkan penduduk tempatan...

http://fadir78.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment