Tuesday, October 1, 2013

Saudara kita di Syria

 Ini adalah Homs. Seorang nenek yang berusia dalam lingkungan 90 tahun sedang merayu kepada umat Islam dunia supaya membantu membuka kepungan di Homs. Tiada apa yang diminta oleh nenek ini melainkan untuk kepungan dibuka kerana sudah melebihi 6 bulan mereka tidak dapat membawa apa-apa makanan dan pakaian dari luar. Musim sejuk bakal tiba tidak lama lagi. Penduduk disini kehabisan sumber asas. Makanan, pakaian dan ubat-ubatan. Bayi dan anak-anak kecil mereka tidak berpeluang menjamah setitik susu dari si ibu kerana si ibu sudah berapa lama tidak makan dan minum.

Link Video
: http://www.youtube.com/watch?v=SbvIhzbB4Fk&feature=youtu.be
— 

http://fadir78.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment