~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Friday, October 4, 2013

House Bot Tasik Kenyir

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan Geng2 kaki Pancing Tanah air...Kali ini Blog Aku Anak Kampong nak kongsi @ maklom kan kepada semua bahawa House bot yang kami usaha kan kini telah pun berwajah baru dan bersedia untuk kembali beroperasi bagi memenuhi impian @ kemahuan kaki2 pancing beraksi di Tasik Kenyir


Kepada sesiapa yg ingin membuat trip memancing, menjelajahi dan menikmati keindahan tasik kenyir dengan house bot. Disini saya boleh membantu anda utk mendapatkan tekong house bot dengan harga house bot yg terendah,tekong yg berpengalaman,house bot yg berkeadaan baik,Selamat dan lain2 lagi...

Ciri2 house bot;
1. Boleh menampung 13 hingga ke 20 orang penumpang
2. dilengkapi dengan dapur dan peralatan memasak,bilik tidur,tilam,bantal,televisen,astro, dan bilik air.
3. boleh minta tekong bawa kemana-mana lubuk yg di hajatkan..
Panduan untk membuat tempahan house bot :
~ tetapkan satu tarikh penggunan house bot.
~ call nombor tertera utk pastikan house bot tidak di tempah oleh org lain.
~ bincang harga utk tempoh tetentu.
~ maklomkan jumlah peserta yg akan hadir
~ jika tarikh sudah ok,harga sudah ok dan perbincangan pun ok..buat bayaran deposit dengan segera.
~ makluman penting " HARGA HOUSE BOT TIDAK TERMASUK DENGAN PERMIT MEMANCING "


Jika berminat dan utk mendapatkan keterang lanjut boleh email : ronggo7826@yahoo.com /contact no 012-6603209 en Fadir. House bot berpengkalan di jeti Hidro Jenagor

Pandangan dari atas tempat berlabuh nya House bot dari kawasan Hidro Jenagor..House Bot kini telah pun berwajah baru berbumbung biru ,Ruang pelantar yang lebar , Bahagian tingkat yang besar dan selesa , Juga di sediakan 2 bilik khas yang sesuai untuk kaum wanita , 1 ruang besar sebagai dorm..
Pandangan dari sudut sisi House bot dan kelihatan tangga untuk naik ke ruangan atas.
Ruang rehat untuk para pemancing merehatkan diri sambil berhibur.
Set karaoke
Set karoake yang kami sediakan memberi 1kelainan dan kepuasan kepada para pemancing untuk berhibur.
Permandangan dari bahagian pelantar hadapan bot .
 
Permandangan dari bahagian pelantar hadapan bot.
Ruang dapur dan peralatan dapur serta perlatan memasak yang kami sediakan termasuklah  dengan pinggan mangkuk sekali..apa yang para pemancing perlu sediakan hanya lah bahan makanan sahaja dan masak sendiri..

 2 Tandas dan bilik air bagi memberi keselesaan kepada pemancing


Pandangan dari jauh sudut hadapan House Bot.

Antara umpan yang di sediakan kepada pemancing House Bot kami iaitu buah sawit peram yang ia sangat2 lah di germari oleh penghuni tasik seperti Kelah ,Tomoleh ,Lampam ,Susur Batang dan spesis bersisik kecuali Toman...
Anak ikan juga di sediakan akan tetapi ianya bergantung kepada keadaan air tasik kerana ada kala nya ia sukar di tangkap bila keadaan air tasik besar..Antara penghuni  tasik yang mengemari anak ikan ini ialah Toman ,Belida ,Sebarau ,Baung dan siakap tasik.

http://fadir78.blogspot.com/

No comments: