BODOHKAH IBUKU ANDAI TIADA IJAZAH,MASTER @ PHD.....
Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta
murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka
dengan rakan-rakan sekelas.
Tiba giliran Naqiyudin, dia berasa
sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata
tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat
sedemikian.
Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain
yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang
si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai
pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam.
Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!
"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan
kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia
meninggal masa saya darjah 1 lagi."
Pendedahan Naqiyudin itu
disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain,
terutamanya yang perempuan. Naqiyudin menjadi semakin tidak keruan. Dia
cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.
"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"
Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin itu.
"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh
masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat
kuih..."
Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin itu.
"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin di hadapan tu!"
Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.
"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."
Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang
menjengkelkan. Telinga Naqiyudin tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya
tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan
sabar.
"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"
Cikgu Yong mengangguk.
"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"
Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin.
"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah.
Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata
ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."
Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh
selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan
sempadannya. Naqiyudin menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan
ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu,
Naqiyudin sudah menyerang balas dahulu.
"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku
untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.
Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan
temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan
kerja sekolah aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami
cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang
perlu. Kami bahagia!
Kau ada...??"
Ehsan-Azman Zauj Khairiah
http://fadir78.blogspot.com/
ya. mak aku ada segala-galanya, walaupun bukan pangkat dan sijil untuk dimegahkan, tapi nawaitu yang ikhlas lillahitaala menjaga anak-anaknya. kini aku pun seorang ibu yang bekerja, anakku sering menangis setiap kali aku meninggalkannya untuk keluar bekerja. 'sayang, jangan menangis yer, nanti petang ibu ambil adik'. luluh juga hati kecil ini melihat tangisannya, tapi ibu perlu bekerja untuk menolong abah.
ReplyDeleteBetul tu..aku ni yang jadi ayah kadang2 sebelah pagi terpaksa ambil alih kerja ibu nya untuk hantar anak kepada pengasuh,wau mmg menghibakan kalau dia saat itu dia x nak tidak mau di tinggalkan....berkaca biji mata....
ReplyDelete