~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Wednesday, July 17, 2013

FADHILAT BERPUASA



RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

FADHILAT BERPUASA

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Azza wa Jalla berfirman maksudnya: "Segala amal bakti anak Adam adalah untuknya, kecuali amalan puasa, (maka) ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya (dengan balasan yang sebaik-baiknya). (Hadis Riwayat Muslim)

Antara Faedah Puasa

· Puasa melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin.
· Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan.
· Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan yang memerlukan.
· Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah.
· Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat Terpuji.
· Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri.
· Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan.
· Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia.

COPY by PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : Al-Hadis)


http://fadir78.blogspot.com/

No comments: