KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W
KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca
selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya
bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat
menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku
sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga
Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula
berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh
mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para
nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.?
Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang
berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang
dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang
untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-
mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para
malaikat.
http://fadir78.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment