~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Tuesday, January 15, 2013

AZAB WANITA & LELAKI YANG MENINGGALKAN SOLAT FARDHU

AZAB WANITA & LELAKI YANG MENINGGALKAN SOLAT FARDHU

1. Enam siksaan semasa di dunia

-Umur tidak diberkati,
hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan Rezeki tidak diberkati
Dipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh...Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah

2. Tiga siksaan semasa hendak mati

Mati dalam keadaan sangat hina,
tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut,
ia tidak dapat menghilangkan dahaganya Mati dalam keadaan yang sangat lapar

3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur

Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir

4. Semasa hari kiamat

Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya

Sama-sama kita memperelokkan solat kita agar kita terlepas daripada siksa tersebut. Jika ada yang tinggal sebelum ini, gantilah solat tersebut selagi kita masih bernyawa. Selagi pintu taubat masih terbuka. ♥ ♥
http://fadir78.blogspot.com/

No comments: