Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....
Dari
Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah
S.A.W datang kepada kami dan bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi
kamu! Para sahabat R.Anhum bertanya: Ya Rasulullah, adakah musuh akan
datang? Baginda bersabda: Ambillah perisai untuk melindugi kamu dari api
neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah,
Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, - Sesungguhnya kalimat ini
akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya
dari sebelah hadapannya, disebelah belakangnya, dikanannya dan dikirinya
dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjarannya. (HR
Tabrani. Majma`ul Bahrain).
Keterangan Dalam hadith
dinyatakan "Kalimat ini akan berada dihadapan pembacanya: bermaksud
ialah dia akan menjadi penyokong dan pembela untuknya. Dan :berada
disebelah belakang, kanan dan kirinya" bermaksud dia akan melindungi
pembacanya dari segala azab dan siksa.
No comments:
Post a Comment