Friday, October 12, 2012

ANAK MU SELAMAT


ANAK MU SELAMAT

Seorang doktor yang bertugas secara "on-call" tergesa-gesa memasuki ruang kecemasan hospital menuju ke bilik pembedahan sambil diiringi oleh bapa kepada budak yang sedang kritikal dan perlu pemdedahan segera.

Bapa itu memarahi doktor kerana lewat sampai sedangkan anaknya sedang nazak,
"Kenapa doktor terlalu lambat sampai, tak tahukah anak saya sedang nazak dan memerlukan rawatan segera, kamu tidak prihatin terhadap anak saya."

Doktor tersenyum sambil menjawab,
"Maaf tuan, saya tiada di hospital tadi, inilah masa terpantas yang saya ambil untuk sampai kesini dan merawat anak tuan, saya harap tuan boleh bertenang dan saya akan berusaha sebaik mungkin supaya anak tuan selamat, insyaallah."

Bapa budak itu semakin marah,
"Doktor suruh saya bertenang, apa perasaan doktor kalau anak doktor sendiri yang berada dalam bilik itu, apa yang akan doktor lakukan sekiranya anak doktor meninggal?"

Dengan tenang juga doktor itu menjawab,
"Kalau anak saya meninggal, saka akan ucapkan, Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan."
Lalu doktor itu terus memasuki bilik pembedahan dan menjalankan tugasnya.

Bapa itu masih tidak berpuas hati sambil merungut.
"Cakap pada orang senanglah, kalau kena pada diri sendiri baru tahu."

Selepas beberapa lama masa berlalu, doktor tadi keluar dari bilik pembedahan dengan senyuman dan berkata,
"Alhamdulilah, anak tuan telah selamat, tuan boleh bertanya kepada jururawat untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan anak tuan."

Doktor itu kemudian bergegas meninggalkan ruang kecemasan dan terus balik.

"Kenapa tergesa-gesa sangat, saya nak kepastian tentang keadaan anak saya, kenapa doktor ini tidak prihatin terhadap pesakitnya?" Tanya bapa budak tadi kepada jururawat yang bertugas.

Jururawat itu menjawab dengan suara tersekat-sekat,
"Anaknya baru meninggal semalam dalam kemalangan jalanraya, dia bergegas pulang untuk menyempurnakan jenazah anaknya yang akan dikebumikan hari ini."

Iktibar dari cerita ini..
~Berbaik sangka pada semua orang.
~Bertenang dalam semua situasi supaya anda mengambil tindakan yang bijak.


 Fadir1978

No comments:

Post a Comment