Tuesday, June 12, 2012

Renungi Sejenak dan Ambil Iktibar..

 Foto: Renungi Sejenak dan Ambil Iktibar..

Ramai antara kita yang terleka, menilai kehidupan ini adalah untuk selama-lamanya.  Kita tidak menyedari bahawa detik-detik yang berlalu sebenarnya sedang menghampirkan kita pada saat pemergiaan dari dunia.  Pergi yang tidak akan mungkin hadir kembali disini.

Kita akan tinggalkan seluruh cinta kita yang tercurah dibumi.  Kita akan terus melangkah pergi tanpa sekejap pun berpaling lagi.  Itu hakikatnya kehidupan sementara ini.

Namun, berapa ramai yang membuka mata dari terus terlena.  Apa yang terlihat di gambaran masa kini hanyalah kelalaian demi kelalaian yang terjadi.  Hidup seolah tidak akan bertemu mati.

Menabur cinta pada duniawi yang akan lenyap tiada abadi.  Gelisah jika tercampak ke belakang dari arus duniawi. Tapi, tidak kisah langsung dengan sedikit hayat yang masih berbaki.

Ramai yang lebih memilih dan mengharapkan kematian apabila ditimpa sesuatu musibah yang rasanya tidak tertanggung oleh hati dan perasaan.  Ketahuilah bahawa kematian bukan penamat segalanya, tetapi permulaan kepada sebuah perjalanan baru.

Tempat pertanggungjawaban segala amalan yang terlaku ketika hidup di atas dunia dulu.  Jangan seenaknya menyatakan bahawa kematian kan membungkus segala-galanya bersama jasad tertanam di bawah tanah.  Sebaliknya, kematianlah akan membongkar segala-galanya.

Manusia akan di adili di mahkamah Allah yang disitu tidak akan ada lagi rasuah untuk membebaskan diri.  Tanggunglah segala apa yang kita perbuat selama ini.  Kita telah diberi peringat demi peringatan, namun kita sengaja membiarkan dan menganggap tiada yang akan perasan, padahal Allah lah yang menciptakan penglihatan dan Dia maha melihat segala sesuatu yang nyata ataupun tersembunyi.

Gambaran-gambaran hari pembalasan seringkali menjadi topik ceramah-ceramah oleh ustaz-ustazah.  Namun, lumrahnya insan tersedar dan akhirnya terlupa.

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw dari Aisyah ra dijelaskan yang ertinya : “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Semua manusia di kumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.”

Aisyah bertanya : “Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?” Rasulullah saw bersabda “Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal yang seperti itu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bayangkanlah sabahat-sahabat bagaimana ketakutan yang hinggap dihati-hati manusia sehinggakan mereka sudah tidak menghiraukan keadaan disekelilingnya.

Pada hari itu juga, bumi dan seluruh isinya akan menjadi saksi atas segala yang manusia lakukan dahulu ketika masih menetap di dalamnya.  “Dari Abu Hurairah beliau berkata: Rasulullah saw membaca ayat: “Yauma idzin tuhadditsu akhbaraha?” Para sahabat pada waktu itu menjawab, bahawa Allah dan Rasulullah saw yang lebih tahu.” Rasulullah saw bersabda: “Maksudnya ialah bahawa bumi akan menjadi saksi terhadap seseorang hamba baik lelaki atau perempuan atas apa yang dilakukannnya dipermukaannya.  Bumi akan berkata : “Dia melakukan ini dan itu”.

Sekarang silakanlah melakukan larangannya andai kita masih merasakan kita mampu bersembunyi dari kesalahan itu.  Siapa lagi yang akan berpihak kepada kita jika kita dilumuri dosa dan noda.  Silakan katakan, siapa yang akan membantu kita menewaskan saksi-saksi ini? Tidak akan ada yang bisa menidakkannya.  Allah maha mengetahui.

Rasulullah saw bersabda : “ Tangisan dikirim untuk ahli neraka, maka menangislah mereka sehingga air matanya kering, kemudian mereka menangis dengan air mata darah sehingga di wajah-wajah mereka nampak ada parit-parit.  Seandainya di parit-parit itu diletakkan kapal, pasti kapal tersebut akan dapat belayar. (HR Ibnu Majah).

Nauzubillahiminzalik, tak tercapai akal fikiran kita yang sempit ini membayangkan semuanya.  Tiada yang mampu menanggung sakit perit ini walau hanya dalam bayangan. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi Allah untuk menjadikan segala sesuatu sekelip mata.

Renungkanlah sedetik melangkaui alam ini, tentang azab neraka yang sejelasnya ada, tentang nikmat syurga yang jua wujud dan nyata.  Cuba tempatkanlah diri kita yang masih bernyawa ini menghadapi detik-detik ini sekejap cuma.  Dan sedarkan minda yang masih berfungsi ini untuk segera melakukan perubahan andai dirasa diri sudah jauh tersesat jalan.  Kerana ini waktu kita untuk berubah, sebelum jasad di kandung tanah. 

Kesempatan ini tidak lama, bila-bila masa waktu kita akan tiba.  Saat di rasakan hidayah Allah menyapa, sambutlah segera.  Kerana kita yang melengah-lengahkan kebaikan selamanya tidak akan mempunyai masa.

Kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di facebook,  
Sharing is Caring
~LB~

mfab :))

No comments:

Post a Comment