Tuesday, June 19, 2012

TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH

Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )

Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )

...
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah

Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

mfab :))

Tuesday, June 12, 2012

Lawak jenaka yang ada maksud yang ingin disampaikan.

Seorang penjahat telah ditembak dan koma di hospital selama bebrapa hari. Pada masa komanya, dia bermimpi dibawa oleh Malaikat ke Neraka, tapi dia berasa terkejut kerana di Neraka begitu ramai orang clubbing, minum arak, judi, dan banyak ladies² yang cantik & seksi. Dia segera mahu cepat² masuk Neraka tetapi ditahan oleh Penjaga Neraka.

"Tunggu Dulu! Waktu kamu belum tiba! Kembalilah ke dunia dan berbuat jahatlah kamu sejahat²nya maka kau pasti akan ke Neraka!". Akhirnya dia telah sedar dari koma dan melakukan kejahatan sedahsyat-dahsyatnya tetapi akhirnya ditembak mati oleh Pegawai Polis. Dia telah dihantar ke Neraka tetapi dia terasa begitu terkejut kerana di dalamnya penuh dengan api, kesakitan, bau darah dan binatang berbisa, teriakan wanita meminta tolong terdengar di dalam Neraka itu.

Lalu dia bertanya,"Waktu saya koma dahulu, saya dapati Neraka adalah tempat yang seronok, tetapi kenapa sekarang Neraka tidak seindah itu?" Iblis tersenyum lalu berkata, "Ooo, waktu itu tengah PROMOSI!

MORAL = Iblis ada 1001 cara nak tipu manusia, maka berbahagialah mereka yang tidak tertipu olehnya.

mfab :))

Renungi Sejenak dan Ambil Iktibar..

 Foto: Renungi Sejenak dan Ambil Iktibar..

Ramai antara kita yang terleka, menilai kehidupan ini adalah untuk selama-lamanya.  Kita tidak menyedari bahawa detik-detik yang berlalu sebenarnya sedang menghampirkan kita pada saat pemergiaan dari dunia.  Pergi yang tidak akan mungkin hadir kembali disini.

Kita akan tinggalkan seluruh cinta kita yang tercurah dibumi.  Kita akan terus melangkah pergi tanpa sekejap pun berpaling lagi.  Itu hakikatnya kehidupan sementara ini.

Namun, berapa ramai yang membuka mata dari terus terlena.  Apa yang terlihat di gambaran masa kini hanyalah kelalaian demi kelalaian yang terjadi.  Hidup seolah tidak akan bertemu mati.

Menabur cinta pada duniawi yang akan lenyap tiada abadi.  Gelisah jika tercampak ke belakang dari arus duniawi. Tapi, tidak kisah langsung dengan sedikit hayat yang masih berbaki.

Ramai yang lebih memilih dan mengharapkan kematian apabila ditimpa sesuatu musibah yang rasanya tidak tertanggung oleh hati dan perasaan.  Ketahuilah bahawa kematian bukan penamat segalanya, tetapi permulaan kepada sebuah perjalanan baru.

Tempat pertanggungjawaban segala amalan yang terlaku ketika hidup di atas dunia dulu.  Jangan seenaknya menyatakan bahawa kematian kan membungkus segala-galanya bersama jasad tertanam di bawah tanah.  Sebaliknya, kematianlah akan membongkar segala-galanya.

Manusia akan di adili di mahkamah Allah yang disitu tidak akan ada lagi rasuah untuk membebaskan diri.  Tanggunglah segala apa yang kita perbuat selama ini.  Kita telah diberi peringat demi peringatan, namun kita sengaja membiarkan dan menganggap tiada yang akan perasan, padahal Allah lah yang menciptakan penglihatan dan Dia maha melihat segala sesuatu yang nyata ataupun tersembunyi.

Gambaran-gambaran hari pembalasan seringkali menjadi topik ceramah-ceramah oleh ustaz-ustazah.  Namun, lumrahnya insan tersedar dan akhirnya terlupa.

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw dari Aisyah ra dijelaskan yang ertinya : “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Semua manusia di kumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.”

Aisyah bertanya : “Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?” Rasulullah saw bersabda “Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal yang seperti itu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bayangkanlah sabahat-sahabat bagaimana ketakutan yang hinggap dihati-hati manusia sehinggakan mereka sudah tidak menghiraukan keadaan disekelilingnya.

Pada hari itu juga, bumi dan seluruh isinya akan menjadi saksi atas segala yang manusia lakukan dahulu ketika masih menetap di dalamnya.  “Dari Abu Hurairah beliau berkata: Rasulullah saw membaca ayat: “Yauma idzin tuhadditsu akhbaraha?” Para sahabat pada waktu itu menjawab, bahawa Allah dan Rasulullah saw yang lebih tahu.” Rasulullah saw bersabda: “Maksudnya ialah bahawa bumi akan menjadi saksi terhadap seseorang hamba baik lelaki atau perempuan atas apa yang dilakukannnya dipermukaannya.  Bumi akan berkata : “Dia melakukan ini dan itu”.

Sekarang silakanlah melakukan larangannya andai kita masih merasakan kita mampu bersembunyi dari kesalahan itu.  Siapa lagi yang akan berpihak kepada kita jika kita dilumuri dosa dan noda.  Silakan katakan, siapa yang akan membantu kita menewaskan saksi-saksi ini? Tidak akan ada yang bisa menidakkannya.  Allah maha mengetahui.

Rasulullah saw bersabda : “ Tangisan dikirim untuk ahli neraka, maka menangislah mereka sehingga air matanya kering, kemudian mereka menangis dengan air mata darah sehingga di wajah-wajah mereka nampak ada parit-parit.  Seandainya di parit-parit itu diletakkan kapal, pasti kapal tersebut akan dapat belayar. (HR Ibnu Majah).

Nauzubillahiminzalik, tak tercapai akal fikiran kita yang sempit ini membayangkan semuanya.  Tiada yang mampu menanggung sakit perit ini walau hanya dalam bayangan. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi Allah untuk menjadikan segala sesuatu sekelip mata.

Renungkanlah sedetik melangkaui alam ini, tentang azab neraka yang sejelasnya ada, tentang nikmat syurga yang jua wujud dan nyata.  Cuba tempatkanlah diri kita yang masih bernyawa ini menghadapi detik-detik ini sekejap cuma.  Dan sedarkan minda yang masih berfungsi ini untuk segera melakukan perubahan andai dirasa diri sudah jauh tersesat jalan.  Kerana ini waktu kita untuk berubah, sebelum jasad di kandung tanah. 

Kesempatan ini tidak lama, bila-bila masa waktu kita akan tiba.  Saat di rasakan hidayah Allah menyapa, sambutlah segera.  Kerana kita yang melengah-lengahkan kebaikan selamanya tidak akan mempunyai masa.

Kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di facebook,  
Sharing is Caring
~LB~

Perkahwinan Yang Ku Damba Menyempurnakan Agamaku.

Foto: Perkahwinan Yang Ku Damba Menyempurnakan Agamaku.

Berkahwin bukan semata-mata kerana cinta tetapi untuk menyempurnakan agama.

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”

Seperti mana sebuah cinta yang mendalam boleh pudar begitulah jua cinta yang tiada kan bisa dipupuk.  Cuba kembali ke zaman dahulu di waktu nenek dan datuk kita bertemu dan bersatu.  Kebanyakan dari mereka ditentu jodoh oleh ibu bapa.  Tanpa bantahan tanpa bicara, perkahwinan di setuju asalkan calon menantu seorang yang baik dan beriman.

Statistic penceraian yang terjadi di waktu itu tidak lah menghampakan seperti sekarang.  Walau mereka bersatu bukan atas dasar cinta tetapi lama-kelamaan rasa itu bisa dirasa.  Disitu lah hikmahnya sebuah restu orang tua.

Tetapi cuba kita buka mata dan melihat dunia hari ini.  Penceraian demi penceraian sering kita kedengaran.  Hampir sahaja perkara tersebut di anggap biasa dan kini  kita sudah tidak terkejut mendengar penceraian yang berlaku di mana-mana pun.  Entah apa puncanya.  Berkahwin kerana cinta sama cinta pun masih banyak masalah melanda.  Bercinta hampir 5 tahun, berkahwin tak sampai 5 bulan.  Mengapa terjadinya kejadian-kejadian yang terlalu mengecewakan ini?

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.”

Perkahwinan sebenarnya sangat suci dan merupakan ikatan antara dua hati.  Disitu kan teruji sebuah kesabaran, kesetiaan, ketaatan dan keyakinan.  Berkahwinlah dengan niat untuk menyempurnakan agama.  Makanya, pasangan yang dipilih jangan kerana nilai material yang ada padanya.  Jika berkahwin semata-mata hanya kerana cinta, suatu masa nanti cinta akan pudar jika tidak di baja atau pun tatkala hati bertemu dengan insan yang lebih sempurna.

Berkahwin kerana kesempurnaan dan kecantikan, suatu masa nanti tatkala kau jumpa kelemahannya, kau akan mula berasa hampa dan tidak berguna.

Oleh itu, berkahwinlah kerana agama.  Perbetulkan niat kerana Allah yang lebih utama.  Bukan berharap pada kesempurnaan dia semata-mata, tetapi tekadlah untuk sama-sama melengkapi kekurangan diri.  Sama-sama membimbing ke jalan yang diredai.

Kehidupan ini tidak lama, kematian akan membawa kepada sebuah alam yang kekal.  Di alam sana kita mahu bersama keluarga kita kembali, berkumpul dan bersatu lagi.  Tetapi jika kita tidak bentuk diri menjadi insan yang bertaqwa, bagaimana kita akan menemukan insan yang bertaqwa dan bagaimana nanti kita akan memimpin pasangan kita untuk bersama-sama dunia akhirat?

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

 Tidak mengapalah jika pasangan kita kurang rupa, asalkan dia orang yang kuat agama.  Kecantikan dunia tidak akan kekal lama.  Meningkat usia rupa sudah hilang mudanya.  Dan perhatikan pula jika berlaku kemalangan yang menjejaskan rupa, mencacatkan anggota dan menghilangkan keupayaan kita, hilang ranap segala yang kita banggakan itu.  Itulah kecantikan yang ada di dunia.

 Tetapi,   di alam syurga, semua manusia akan jelita dan kacak bergaya.  Itu akan kekal abadi, dan mata tidak akan pernah jemu-jemu menatapnya. Subhanallah!

Jangan hampa jika pasangan kita tidak kaya, asal hatinya kaya dengan zikir-zikir mengingati yang Esa.  Harta dunia cuma tipu daya.  Kemiskinan satu ujian dan kekayaan jua suatu ujian.  Malah jika iman menipis di dada, kekayaan yang melimpah ruah itu sememangnya sukar dijaga.  Dan di akhirat nanti setiap sen yang kita ada akan dipertanggungjawabkan dan dipersoalkan.

Cukuplah sekadarnya kita punya, asalkan kita masih mampu menjalani kehidupan dengan mudah dan sempurna.  Asalkan kita mampu mencari rezeki yang halal yang tidak bergelumang hutang piutang, itu sudah memadai.   Berdoalah kepada Allah memohon perlindungan dan kekuatan dari nafsu yang tidak jemu merayu. 

Di alam syurga yang kekal sana, tiada lagi manusia yang miskin, segala apa yang dihajati akan sampai hatta dengan sekali niat sahaja.  Rumah-rumah bersalut kemewahan, kenderaan yang jauh lebih hebat dan tidak mampu di bayangkan.  Subhanallah,cukup besar anugerah Allah kepada mereka yang tidak melupakanNya.

Dari Abu Musa Al Asy’ari dari Nabi shallallaahu alaihi wa sallam beliau bersabda, “Sesungguhnya bagi orang-orang mukmin di dalam syurga disediakan rumah yang terbuat dari mutiara yang besar dan berlubang, panjangnya 60 mil, di dalamnya tinggal keluarganya, di sekelilingnya tinggal pula orang mukmin lainnya namun mereka tidak saling melihat satu sama lain.”[11]

Allah berfirman yang maksudnya:

“Dan sampaikanlah berita gembira kepada yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai didalamnya”. (QS al-Baqarah : 25)

Bentuklah keluarga menjadi keluarga yang bahagia.  Bahagia bukan hanya mendamba meterialistik semata-mata.  Tetapi bahagia akan hadir dalam reda Dia. Kukuhkan iman dalam ketaqwaan, biar derita menjadi ujian, asal penghujungnya sebuah keindahan yang berkekalan.

Kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di facebook,  
Sharing is Caring
~LB~
 
Berkahwin bukan semata-mata kerana cinta tetapi untuk menyempurnakan agama.

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah d
ia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”