JADIKAN IKTIBAR !
... Assalamualaikum sahabatku semua...
tujuan memaparkan gambar ini bkn la berniat utk mengaibkan
sesiapa...hanya sekadar utk kita jadikan ikhtibar... malam tadi 9 mei
2012 sekitar jam 12.30am sy menziarahi jiran sy yg telah dijemput Allah
pulang ke rahmatullah... masa sy tiba.. ada beberapa org diluar surau..
dan ada tiga org disini jenazah..dua darinya sedang berbual bertanyakan
hal penyebab kematian..yg seorg lagi sedang membaca Yassin...
selepas memberi salam dan berjabat tgn ..sy terus sedekahkan surahYassin
buat arwah.. ketika dua helaian terakhir surah Yassin dibaca sy dapati
tiada siapa lagi disisi jenazah mau pun disisi sy.. yg tinggal hanya sy
dan Arwah..
Ya Allah... Hanya ENGKAU sahaja mengetahui perasaan
ini.. tinggallah jenazah ini tanpa ditemani anak isteri mau pun saudara
mara.. sy jadi serba salah.. kalau sy tinggalkan juga ..maka
bersendirian la ia..
tanpa sy sedar airmata ini menitis..
membayangkan keadaan diri sy nanti..adakah yg menemani sy nanti hingga
ke kuburan..adakah yg akan menghadiahkan sy surah2 suci buat penenang
diri di alam sana...
sahabatku... benarlah sabda Rasulullah SAW Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya :
"Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan
pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara
tersebut ialah : Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum
kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya
ialah amalannya "
Apabila kita mati tiada siapa lagi yg
akan menemani kita... hanya Amalan yg akan menemani kita.. ayuhlah
sahabatku.. kita menginsafi diri kita.. lupakan segala kejahatan yg
lama..Allah itu maha pengampun.. kita kemabililah menjadi hambanya yg
bertaqwa.. dunia hanya persinggahan , tiada yg kekal diatas muka bumi
ini..semuanya pasti akan merasai mati...
perbanyakkanlah amalan utk kita bawa pulang ke sana nanti...
p/s ; kepada anak2.. apabila perkara ini terjadi kpd ibu bapa anda atau
kaum kerabat anda..jgn lah tinggalkan org yg anda kasihi
sendirian..temani la ia sampai kekuburan.. jgnlah hanya semasa hidupnya
sahaja kamu memerlukannya.. dia juga memerlukan mu semasa
matinya...berdoalah setiap hari utk mereka dialam sana.. doa2 anak yg
soleh akan menyelamatkan mereka dari seksa kubur..Insyallah...
Maafkan sy andai coretan ini membuatkan ada yg tidak senang....
Walllahualam..
mfab :))
No comments:
Post a Comment