Thursday, June 2, 2011

Bayi baru lahir mati dicampak


Polis mengangkat mayat bayi yang ditemui mati dicampak dari tingkat tinggi Pangsapuri Sentul Utara, Sentul, tengah malam semalam.


KUALA LUMPUR 1 Jun - Seorang wanita terkejut apabila kenderaan dipandunya nyaris melanggar mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai dicampak dari tingkat tinggi Pangsapuri Sentul Utara di sini, tengah malam tadi.
Wanita berusia lingkungan 40-an itu sedang mencari tempat letak kereta terkejut apabila ternampak satu bungkusan plastik merah yang pada mulanya disangkakan anak patung.
Namun, apabila diperiksa, bungkusan plastik itu berisi mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir dengan kepalanya telah pecah.
Terkejut dengan penemuan itu, wanita berkenaan segera memaklumkan kejadian tersebut kepada jirannya yang kemudian menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan memberitahu, dalam kejadian pukul 12 tengah malam, pihak polis yang menerima maklumat mengenai penemuan itu bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, sebaik sahaja tiba, polis melakukan pemeriksaan menyeluruh dan turut menemui uri bayi itu di dalam bungkusan plastik tersebut.
"Polis percaya, individu yang mencampak bayi tersebut mahu membuang bayi itu dari tingkat tinggi pangsapuri terus ke dalam sebuah tong sampah.
"Ini kerana tempat pembuangan sampah pangsapuri itu hanya terletak kira-kira tiga meter dari tempat bayi malang itu ditemui," 
Pangsapuri itu mempunyai beberapa buah blok dengan ketinggian 16 tingkat.
Polis, menurut beliau, sedang mengesan pelaku jenayah kejam itu namun ketika ini, belum ada tangkapan dilakukan.
Beliau berkata, siasatan turut menjurus kepada sama ada bayi itu telah mati sebelum dicampak atau meninggal dunia akibat kecederaan selepas dibuang dari tingkat tinggi.

Nak kata binatang pun susah nak kata syaitan iblis dan jin pun susah...sbb  aku rasa binatang,syaitan iblis dan jin pun ada anak dan  sayang pada anak2 nye...mcm sblm ni aku dengar citer ada org tu kena sampuk sbb baling barang dan terkena kat anak syaitan mungkin benjol lah dahi anak dia tu...hahahah..dan mak bapak syaitan tu pun apa lagi..marah lah..dan rasuk lah org yg buang barang sampai terkena kat anak nye itu.....merata juge lah nak berubat bagi syaitan tu x kacau dia.....hehehehe.....
Moga cepat2 pelaku ni kena tangkap dan di berikan hukuman yg setimpal.....Takut nanti akan ramai lagi yg akan terikut dengan cara mcm ni.....

mfab :))

No comments:

Post a Comment