~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Thursday, April 28, 2011

Yamaha 135LC serba baru


YAMAHA 135LC meletakkan jenama tersebut di hadapan dalam aspek teknologi pembuatan moped.



WALAUPUN masih belum berjaya mengatasi jumlah jualan moped atau kapcai buatan Honda, nama Yamaha di Malaysia sudah cukup kuat. Apa sahaja model yang dikeluarkannya jarang sekali menemui kegagalan.
Antara model yang menjadi pilihan terutama anak muda pastinya Yamaha 135LC. Mula menjengah pasaran sejak Februari 2006, model ini tidak pernah gagal menarik minat pembeli baru. Buktinya, sebanyak 260,000 unit model tersebut sudah pun berada di jalan raya.
Menyedari impak tersebut, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (Hong Leong Yamaha Motor) telah memperkenalkan model 135LC yang serba baharu. Jentera empat lejang itu hadir bersama pelbagai pembaharuan yang pastinya membuatkan 135LC terus popular di pasaran tempatan.
“Pengenalan 135LC mencatatkan satu penanda baru kepada Hong Leong Yamaha Motor kerana kami komited untuk memeriahkan segmen moped dengan model-model yang inovatif,” kata Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor, C. H. Ng.
Pada tahun lalu, industri motosikal mencatatkan kenaikan sebanyak 10 peratus dengan jumlah keseluruhan mencecah 495,373 unit. Segmen moped pula mewakili 85 peratus daripada pemintaan pasaran.
Pengenalan 135LC dilihat cuba meneruskan kesinambungan produk baru oleh syarikat terbabit. Pada Mei tahun lalu, moped siri Lagenda 115Z telah dilancarkan.
Moped 135LC didatangkan dengan dua varian iaitu klac automatik dan klac tangan. Antara ciri-ciri utama yang boleh didapati pada 135LC dengan klac automatik ialah gaya luaran lebih menarik. Di samping lampu hadapan dan belakangnya yang menerima reka bentuk baharu.
Bagi paparan lebih jelas, rekaan speedometer telah direka semula. Sebagai langkah keselamatan tambahan, model itu turut dilengkapi dengan penutup pada bahagian kuncinya.
Pembaharuan yang diterima oleh model klac tangan pula termasuklah transmisi manual lima kelajuan, brek cakera untuk roda belakang, tayar belakang lebih lebar dan meter kelajuan yang diiluminasi.
Kedua-kedua model itu menggunakan khidmat enjin empat jelang SOHC, empat injap dengan sistem penyejukan cecair. Ia mampu menjana kuasa sehingga 8.93kW @ 8,500 rpm dan tork maksimum 11.79Nm @ 5,500 rpm.
Tiga warna ditawarkan untuk model klac automatik iaitu hitam, putih dan merah. Sementara bagi model klac tangan pula, cuma ada warna hitam dan putih. 135LC dengan klac atomatik dijual pada harga RM6,506 dan RM7,070 untuk varian klac tangan (di atas jalan).

Pulamakkk..cantik nyer...aku punye hutang yamaha 135 LC baru abis..dah keluar model baru.....cantik pulak tu....nak buat hutang lagi ke x ni....huhuhuhuh...



mfab :))

No comments: