Monday, March 14, 2011

TASKA vs PENGASUH

Pening gak kepala aku ni bila  my wife aju kan soalan begini "nanti bila anak kita ni sudah di lahirkan kita nak hantar ke mana bang  kat taska ke pengasuh..???" Mcm mana lah nak jawap ekk...bukan nya apa ,kalau nak cari pengasuh kat tempat aku ni mmg agk susah....kerana kebanyakannya penduduk  di kawasan tempat aku ni mejoriti semua bekerja...memang agak jarang lah yg jadi suri rumah tu...kalau ada pun semua nya dah amik upah jaga anak org lain dah x pun mmg minat nak cari duit tambahan....
kalau nak hantar taska lagi lah buat aku x senang duduk nya....mana x nya...baru semalam jer dah keluar lagi 1 cerita terbaru bayi umur 3 bulan mati tercekik susu..masuk yg ini mungkin 2-3 kali kes sama dan melibatkan kematian bayi....yg mana kes itu berlaku dalam 1 kawan yg sama iaitu Putrajaya cuma presint jer yg lain2...
Di mana lah amanah yg di harapkan oleh ibu bapa di campakan oleh pengasuh2 taska ini..nampak sangat lah mereka ini hanya nak mengejar keuntungan sahaja.

Muka bayi berumur di bawah 1 tahun ditutup dengan bantal dan kain di atas tilam yang nipis.

Kanak2 diikat muka / diselubung muka dengan kain tuala dan kanak2 yang berumur 1 tahun dicampur tidur dgn kanak2 yang lebih dewasa (4-5tahun). Perhatikan, setiap seorang mempunyai kain tuala masing2 dan tido atas toto nipis bersepah2.

Aku bukan saje nak menimbulkan fitnah atau mengada-adakan cerita, tapi ini adalah kesah benar yang diceritakan sendiri oleh parents salah seorang kanak-kanak di dalam gambar yang tak puas hati dengan servis yang diberikan oleh taska yang tak setimpal dengan bayaran yang dikenakan.

Bagai mana kalau salah seorang dari kanak2 di dalam gambar ini atau kes kematian bayi tercekik susu  ada lah anak kita....????

No comments:

Post a Comment