Wednesday, March 30, 2011

Saintis rancang gali pusat Bumi



GAMBARAJAH lapisan bumi.


- Sekumpulan saintis Britain merancang untuk menggerudi lapisan batu-batan untuk sampai ke bahagian mantel bumi buat kali pertama, lapor sebuah akhbar semalam.
Ekspedisi itu bertujuan membawa naik sampel mantel Bumi untuk kajian. Ia melibatkan operasi menggerudi melepasi lapisan batu pejal sejauh 8 kilometer di dasar laut dengan suhu mencecah 298° Celsius.
Projek itu bakal dilaksanakan pada tahun 2018 dan diketuai oleh pakar Pusat Oseanografi Southampton, Dr. Damon Teagle serta Dr. Benoit Ildefonse dari Universiti Montpellier, England.
Terdapat beberapa cubaan untuk menggali mantel Bumi pada tahun 1960-an tetapi gagal kerana masalah organisasi dan kos.
Mcm nak cari pasal jer tu....yg di kerak bumi ini pun x abis lagi di kaji....

mfab :))

Perak haramkan tarian poco-poco



TARIAN poco-poco menarik perhatian masyarakat kerana dikatakan mampu menyihatkan tubuh badan pengamalnya. - Gambar hiasan


  Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,”

Dulu2 aku selalu join tarian poco -poco ni....gaya jer lengok2 lembut mcm tu tapi berpeluh weh.... x sangka pula hari ini di boleh di sabit kan dengan hukum hakam yg boleh di katogerikan haram utk org2 islam mengamalkannya
 
mfab :))

Saturday, March 26, 2011

KEJORA DAN BINTANG


Memandangkan 2-3 bulan kebelakangan ini waktu petang aku x dapat lah nak di isi dengan aktiviti bersukan di luar rumah sebab org umah aku tegah menunggu hari untuk bersalin....X per, lah untuk sementara waktu sahaja....kalau nak tinggalkan sorang2 kat umah x berani pula.. kalau jadi apa2 kan susah...saper di persalahkan dan saper yg rugi.....
Jadi utk tidak mensia-sia kan waktu aku pun buat2 lah senaman2 ringan ajer di balkoni umah aku ni.....Sementara itu org umah aku mcm biasa lah dengan senamannya iaitu dengan  menonton drama dari seberang iaitu drama bersiri Kejora dan Bintang....Mula-mula aku curi2 dengar jer sambil buat senaman ringan...lama-lama jadi seronok pulak mengikuti kisah nyer....kesudahan nya boleh kata tiap2 petang pulak aku follow cerita ini....hehhehe
Apa yg aku nak kongsi kan tentang cerita ini adalah sesentengah babak dalam perjalanan drama bersiri ini yg mana kadang tu aku naik menyampah,ini mungkin  di sebab kan drama ini seolah olah  mengambarkan yg sebilangan masyarakat org di seberang ini x boleh berfikir secara logik tentang sesuatu kejadian mahu pun keputusan yg akan di ambil....contoh nyer....apabila membuat keputusan untuk membantu Kejora itu...heroin cerita ni lah....aku faham ini hanya lah mengikut skrip...tapi kalau lah selalu sangat  cerita dari seberang ini membuat drama mcm ni nampak sangat  lah memang begini cara dan kehidupan org di sana ..Lebih2 lagi dengan watak 2 org perempuan jahat itu....lagi lah nak marah nyer...heeee ggrrr...
Boleh kata memang aku marah pada sesetengah babak2 dalam cerita ini.....Apa2 pun tahniah pada pelakon dan pengarah drama ini yg berjaya membuatkan aku terus jadi marah dan tertipu dengan mengikuti perjalanan drama bersiri  ini......

mfab :))

Wednesday, March 23, 2011

MANUSIA VS HAIWAN

 Hebat nya antara manusia dengan haiwan kerana manusia ni di kurniakan akal utk berfikir dan menilai sesuatu yg terjadi atau pun bakal di lakukanya..Manakala hebat nyer haiwan itu kerana dia tidak mempunyai perasan serta x mengenali akan halal haram dalam melakukan apa jua pekara termasuk lah melakukan hubungan seks dari kaum keluarga nyer sendiri..

Namun kebelakangan ini kelihatan binatang agak lebih bijak pula dari sebilangan manusia,mereka lebih menghargai , memahami erti kasih sayang dan bertanggungjawab.jika di bandingkan dengan sebilangan manusia pada masa kini .

 Hari ini sebilangan manusia amat2 lah menakut kan sifat keperibadian nyer...boleh di kata kan lebih buruk dari sifat binatang....

mfab :))

Monday, March 21, 2011

GULAI PATIN TEMPOYAK VS ASAM PEDAS TENGGIRI

 Gulai Patin Tempoyak

 Asam Pedas Tenggiri

 Sama2 power ni...boleh di di katakan Pahang lawan Melaka lah...hahahaha....untung lah nasib badan aku ni...balik kg sendiri boleh bedal gulai patin masak tempoyak...balik kg org rumah jer..boleh bedal Gulai asam pedas tenggiri.....Naka cari masakan mcm ni kat belah bandar besar ni memang susah....lebih lagi kalau kat putrajaya ni....kalau jumpa pun rasa dia memang jauh sangat...semacam pulak rasa nyer.....

mfab :))

Akad nikah di masjid didakwa amalan Kristian


KANGAR - Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.


mfab :))

Friday, March 18, 2011

DI SUATU PETANG YANG BORING...

Hari ni aku nak berkongsi cerita sikit ngan korang semua pasal gulai  ikan ni.... boleh kata hampir 2  bulan lebih dah aku x pekena gulai ikan ni...perrghhh..Gulai Ikan Patin masak Tempoyak...rindu nyer aku pada gulai ni...kebetulan pada waktu ini kat tempat aku hujan...kerja pun x der...so..aku x tau apa nak buat,aku pun belek2 lah my documents and my pictures aku..belek punya belek nah tu dia..keluar gambar gulei ni....menelan air liur jer lah aku sambil tengok gambar gulai ikan ni...ooo...gulai ikan patin..
Ikan patin ni merupakan ikan/spesis yg hidup di dalam air tawar....saper2 yg x makan ikan air tawar rugi lah...mcm aku semer ikan aku bedal...so...kalau nak makan gulai ikan ni...kenalah dapatkan di pasar2..oopppss...di pasar ikan ini mungkin terbahagi kepada 3 katogeri contoh nye : 1.)Ikan patin sungai original ( Ikan yg di daratkan dari sungai oleh nelayan2 sungai...pasti rasa nya akan lagi sedap, dan harga nyer pun sedap hingga mececah ratusan ringgit sekilo..So susah sikit lah kalau nak makan yg jenis ni..kalau duit x berapa tebal..hehehehe ) 2.). Ikan patin sangkar ( Haaa..yg ini memang agak senang sikit nak di cari..kadang2 itu di bandar2 besar pun ada jual,harga nyer pun berpatutan antara Rm 15 - 18 sekilo....ok lah tu...3.) Ikan patin kolam... ( Yg ini kalau korang kasi pun aku x makan..x sedap rasa lumpur...senang nak cari kat pasar2 harga nye pun murah sikit dalam Rm 8 sekilo..)
Balik semula ke cerita gulai ikan patin ni...kalau korang nak sangat merasa nyer...jom lah datang ke kampong aku..nun di Daerah Temerloh,Pahang...heheeh....Kat sana ada 2-3 kedai yg jual gulai ikan patin ni...masakan dia pun memang mublursss...Kedududkan kedai dia dalam bandar Temerloh,berhampiran bus station,dan megadap ke sungai pahang...bila dah sampai situ boleh tanya org dah di mana kedai gulai ikan patin...kalau korang nak cari yg mentah punya boleh di katakan setiap jalanraya di tepi sungai Pahang tu pasti nya banyak gerai2 yg jual ikan tu..Kalau mcm aku senang jer...pasal my darling aku dah pandai masak gulai ikan patin ni dah...lama gak aku gi hantar dia berguru tau...Tapi nak cari ikan ni kat belah Kl/Selangor susah lah..kena tunggu aku balik temerloh lah pulak ni....Kalau datang ke Temerloh cuba tau...jgn x cuba.....

mfab :))

Wednesday, March 16, 2011

TAMAN- TAMAN SUNYI


Sekarang mesti heboh orang mempekatakan tentang kejadian dasyat yang menimpa 
 Jepun akibat tsuanami dan letupan reaktor nuklear nyer
 Jadi di kesempatan ini aku nak mengambil kesempatan juga utk semua megambil iktibar dari kejadian tersebut dengan berita begini





بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ  
Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbia' ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.

Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa

 sekiranya kita tergolong orang yg beriman yg ditariknya nyawa oleh malaikat maut,insyallah dipermudahkan sakaratul mautnya,tersenyum melihat wajah malaikat maut yg indah dan dapat menikmati manis kematian balik ke sisi ALLAH tapi sekiranya kita tidak beriman,maka seksa la ia merasa sakaratul maut yg amat sakit dan menakutkan melihat wajah malaikat maut.

mfab :))

Monday, March 14, 2011

TASKA vs PENGASUH

Pening gak kepala aku ni bila  my wife aju kan soalan begini "nanti bila anak kita ni sudah di lahirkan kita nak hantar ke mana bang  kat taska ke pengasuh..???" Mcm mana lah nak jawap ekk...bukan nya apa ,kalau nak cari pengasuh kat tempat aku ni mmg agk susah....kerana kebanyakannya penduduk  di kawasan tempat aku ni mejoriti semua bekerja...memang agak jarang lah yg jadi suri rumah tu...kalau ada pun semua nya dah amik upah jaga anak org lain dah x pun mmg minat nak cari duit tambahan....
kalau nak hantar taska lagi lah buat aku x senang duduk nya....mana x nya...baru semalam jer dah keluar lagi 1 cerita terbaru bayi umur 3 bulan mati tercekik susu..masuk yg ini mungkin 2-3 kali kes sama dan melibatkan kematian bayi....yg mana kes itu berlaku dalam 1 kawan yg sama iaitu Putrajaya cuma presint jer yg lain2...
Di mana lah amanah yg di harapkan oleh ibu bapa di campakan oleh pengasuh2 taska ini..nampak sangat lah mereka ini hanya nak mengejar keuntungan sahaja.

Muka bayi berumur di bawah 1 tahun ditutup dengan bantal dan kain di atas tilam yang nipis.

Kanak2 diikat muka / diselubung muka dengan kain tuala dan kanak2 yang berumur 1 tahun dicampur tidur dgn kanak2 yang lebih dewasa (4-5tahun). Perhatikan, setiap seorang mempunyai kain tuala masing2 dan tido atas toto nipis bersepah2.

Aku bukan saje nak menimbulkan fitnah atau mengada-adakan cerita, tapi ini adalah kesah benar yang diceritakan sendiri oleh parents salah seorang kanak-kanak di dalam gambar yang tak puas hati dengan servis yang diberikan oleh taska yang tak setimpal dengan bayaran yang dikenakan.

Bagai mana kalau salah seorang dari kanak2 di dalam gambar ini atau kes kematian bayi tercekik susu  ada lah anak kita....????

Friday, March 11, 2011

BAYARAN YANG MELAMPAU

Baca paper pada pagi tartarik jugek aku dengan kisah yg di bangkitkan kan oleh sorang wakil rakyat dari Sri gading di dewan parlimen berkaitan dengan bayaran insurans yg sangat tidak munasah langsung..lebih2 lagi bila kadar itu yg tinggi itu melibat sebuah kenderaan peribadi yg usia nya mencecah 10-15 tahun.Dengan pelbagai syarat yg di keluarkan oleh syarikat insuras ternyata sekali sangat membeban kan pengguna.
Memang ada betul nya syarikat2 insurans terlalu banyak mengaut keuntungan dari pengguna nya,dari pengalaman aku sendiri pun ada begini cerita nyer :
Berlaku pada tahun lepas masa tu aku nak renew road tax /insurans keta adik aku,jadi aku pun pergi lah ke satu wakil insurans ni kebetulan pada hari itu aku mmg  bercuti,jadi dengan pakaian ala2 org kampung yg agak selekeh dengan selamba nye lah aku masuk ke kedai itu...setelah tunjuk kan geran, staff itu pun mula lah buat kira2..kira punya kira dia kata kena bayar Rm8oo++ gitu lah..terkejut jugek lah aku bila dia kata kena bayar mcm tu...sedangkan pada tahun sebelum nyer x lah sampai mcm harga itu pun...so..aku tanya balik..." betul ke saya kena bayar sebanyak ini..." so jawap staf itu " betul lah ! ini saya kira utk harga yg terendah dah ni...." terendah..??jawap aku...ok..x per lah nanti saya datang balik...
mcm mana aku x kena datang balik sebab aku bawak duit x cukup,pada masa aku bawak duit dalam Rm 700 jek...kat situ pun dah nampak susah kan..
Selang 2 hari aku pun kembali semula ke kedai wakil insurans itu, kebetulan pada hari itu kerja di ofis aku x lah sesibuk mana,so boleh lah aku lari2 kejap..bila aku masuk jer dengan beri salam dan kata kan aku nak renew insurans kereta maka staf yg sama pun buat lah kira2 balik..aku agak staf ni dah lupa yg 2 hari lepas aku pernah datang...so dengan berlagak pandai aku pun tanya lah apa yg patut tentang insurans ni pasal NCD nyer,pasal screen cover dan lain2...so agak tergangu dan terkejut jugek lah staff ni nak buat kira2...Bila dah siap kira staff ni pun tunjukkan lah kat list /bil yg patut aku kena bayar kesemua nyer Rm 680 sahaja...Ehh2..kan jauh turun harga nya....pelik aku....Di mana silap nya yer ?? ada kah keran aku gangu dengan soalan2 yg mcm org pandai tentang insurans ini...?? atau adakah kerana aku smart pada hari itu x lah mcm budak kampung yg selekeh pada hari sebelum nyer....aku  pun x pasti....
Kembali pula kepada isu yg di bangkit kan oleh seorang Yb dari Sri Gading itu tadi, Dimanakah peranan bank Negara yg sentiasa mengawal dan menyelia syarikat2 sebegini...mungkin ada betul nya kata YB itu tadi bahawa B*** N***** ni buta....


 mfab :))

Thursday, March 10, 2011

APA SAL LAH JADI MACAM NI HARI NI


Hari ini badan aku rasa letih sangat,langsung x pergi kerja tanpa alasan yg munasabah ,nampak aku terpaksa ambil cuti kecemasan.
Aku pun x tau lah pasal apa lah kebelakangan ini badan aku selalu letih2 dan hilang mood x tentu pasal,aku harap pekara mcm ni x lah berkekalan .
 Aku mohon ampun dan maaf lah pada saper2 yg pada hari ini akan terasa susah dengan nyer ketiadaan aku di ofis dan lain2 nya,lebih2 lagi pada my darling kerana kena drive sendiri ke ofis pada hari ni..Abg minta maaf...

mfab :))

Wednesday, March 9, 2011

HIJRAH ITU PENGORBANAN

 Bila lihat jer gambar ni mesti kita terfikir apa yg sebenarnya nak di sampaikan atau pun maksud di sebalik yg tersurat...jadi nyer mcm2 yg boleh di andaikan melalui gambar ni....baik buruk nyer terpulang lah pada masing2 punya kreativiti..Kalau aku punya fikir tentang gambar ni tenteng penghijrahan yg mana ianyer nyer memerlukan pengorbanan dan kesungguhan..Ialah kalau x mana lah si ikan ni sanggup nak melompat mcm tu....kalau x masuk ke dalam takung yg besar tu x ke nayer...mati kering x pun jadi lauk si kucing jer..x ker nayer...

mfab :))

Monday, March 7, 2011

Semalam..sempena cuti hujung minggu, aku n family tak tahu nak buat apa...tetiba dapat panggilan telefon dari seorang kawan aku. dia ada bagitau ada satu tempat yang ada jual barang-barang baby yang murah-murah...memang kena pada masanya...sebab aku nak cari satu benda lagi untuk bakal anak aku nanti. barangnya adalah baby sit car...cam gambar kat atas tuh..:)

ooo..lupa lak nak bagitau kat mana tempat jualan murah tu..kalau korang nak pegi atau nak cari barang2 yang sememangnya murah..korang leh gi kat Bandar Bukit Puchong, sebelum sampai Taman Putra Perdana tengok sebelah kanan ada kawasan perindustrian....kalau korang nak tahu tandanya...diaorang akan letak satu lori kat luar yang tulis "Warehouse My Dear Baby Sale"...dia akan tunjuk kat mana tempat jualan murah tu...barang2 dia sememangnya murah..tapi korang faham2lah kan..kalau dah barang murah..mestilah kualitinya cam kurang sikit..tapi murah2 pun ada juga barang yang nampak cam ok...

jadi, bila dah sampai kat sana..aku ngan my darling cuba2lah cari barang yang perlu..mulanya macam nak beli stroler, tapi bila pk2 balik, stroler tu tak berapa perlu lagi wat masa ni sebab baby pun kecik lagi nanti..takkan nak terus letak dalam stroler..kesian kat baby...so, aku ngan my darling decide untuk beli baby car sit..sebabnyer, senang untuk baby duduk kat dalam kereta masa my darling nak hantar dia gi umah pengasuh..harga dia memang boleh tahanlah...takkan dapat harga tuh kat luar...harga sebenar RM200++,tapi disebabkan sale..dapatlah harga dia RM110.00..kira oklah tu kan...hehehehe

sebenarnya,kalau nak ikutkan hati memang banyak benda nak beli..tapi memikirkan baby pun tak keluar lagi, jadi tak perlulah membazir. nak dijadikan cete, bila dah beli...kitaorang tak reti pula nak pasangkan car sit tu....hahahhaha..puas jugalah nak belajar nya....kalau korang nak tahu, sampai sekarang pun kitaorang tak berjaya nak belajar lagi..hehehehe..

kitaorang balik dalam kul 6 lebih..kiranya sekarang nih, persiapan untuk bakal baby ni, hampir semuanya siap..cuma perlu ditokok tambah bila dia lahir je nanti..hope semuanya akan berjalan lancar...aminnn


mfab :))

Terhenti Lamunan

 Sedar x sedar mlm semalam my darling aku bagi tau yg kandungan dia  dah pun masuk 34 minggu yg mana senang cerita dah 8 bulan lebih..dia pun cerita lah yg mana baby dalam kandungan dia pun dah kurang sikit aktif nyer dari sebelom ni di sebabkan tubuh nyer makin membesar dan ruang rahim dah semakin sempit...."oooo...jawap aku dengan tekun sekali mendegarkan taklimat dari my darling....aku ingat kenapa lah pada mula nyer....lega rasa nyer dah di beri penjelasan /keterangan yg yg mcm tu....
Nampak gayer nyer aku ni x boleh main2 lagi lah....hehehe..kalau nak tidur mlm  pun dah kena jaga2 lah...x boleh main tidur mati jer..hhuhuhu...sebenarnyer makin hari makin kuat pulak berdebar nyer hati aku ini utk menantikan kelahiran ini..bukan takut...bukan terlalu suka atau x suka..tapi x tau nak cakap lah....
Dari segi fizikal nyer memang aku dah bersedia...maksud aku ngan barang2 keperluan utk segalanyer sudah tersedia...utk baby ke utk mak nye ke...boleh kata dah beres....andai kata dah sampai masa jek aku terus jek capai tangan my darling ngan beg2 sekali gi sepital.....heheeheh
Aku doa kan semoga semua berjalan dengan selamat....my darling ok..and my new baby pun ok...sempurna dan terbaik semoga ALLAH merahmati kami sekeluarga...amin....

mfab :))
 Sabtu 5/3/2011 lepas aku di beri tau oleh org umah aku yg kakak nyer nak balik ke kampong di melaka..maka org umah aku ni ada lah barang yg nak dikirimkan ke kampong....ok lah..bagus lah mcm tu..pk aku... " tapi...kita kena pergi hantar barang ni kat simpang hiway kajang bang..."apa boleh buat kena gi jugek lah..kira org nak tolong tu kira bersyukur lah...
maka aku pun terkejar2 lah nekan padle minyak keta menghala ke higway kajang tu...tunggu punya tunggu x muncul2 pulak si kakak nyer....call punya call rupa nyer dia dah naik simpang kajang pulak dah...yg kita ni tunggu lah selepas simpang kajang kononnya  x nak nyusah kan dia kena ambik tiket banyak kali....alih2 kena lah jumpa kat bangi pulak....ok lah tu....
Sampai jer kat bangi x pasan lak mana 1 keta nyer....bila dia turun baru lah perasan beb...dia naik keta baru dahh....pergghhh.....hyundai sonata baru lah....x tahan aku nengok nyer...patut lah masa call mula2 tu dia kata kat Bangsar lagi..alih2 dia bagi tau dah sampai tol Sg Besi...rupa nyer keta sedap....
Bilalah aku nak pakai keta mcm ni...nak harapkan duit nufnang ntah lah....mcm xcayer jek....saper lah nak buka blog merapu gini kan...kan....

mfab :))

Friday, March 4, 2011

Rekod Jakim: Setiap 15 minit satu pasangan bercerai


PUTRAJAYA 3 Mac – Purata pasangan Islam yang bercerai di negara ini mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan setiap 15 minit.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, angka itu diperoleh berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009.
Menurut beliau, statistik perceraian itu terus menunjukkan peningkatan saban tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya dalam kalangan golongan muda.
Beliau berkata, kebanyakan kes perceraian berlaku disebabkan pasangan suami isteri tidak begitu menghayati kehendak ajaran agama dalam melayari kehidupan rumah tangga termasuk menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.
‘‘Masalah ini mungkin disebabkan peredaran masa yang memaksa mana-mana pasangan mengambil jalan mudah menamatkan ikatan perkahwinan mereka.

 Sangat2  menakutkan bila dengar berita mcm ni..ini lah 1 lagi penyakit masyarakat zaman sekarang ni..Itu rekod JAKIM pada tahun 2009 kalau tahun 2011 ni mau dah turun ke  10 minit pulak agak nyer....
Mmg x boleh nak nafi kan lah cerita mcm ni...sbb nyer dari apa yg aku tengok x kisah lah kat mana2 pun mmg ramai org2 muda zaman sekarang ni lom apa2 lagi dah nak kawin..lom ada kerja yg menjaminkan..kadang tu baru abis sekolah dapat kerja baru 2-3 bulan dah mengatal nak nikah...bila tanya di jawab nyer
soalan : sebab apa nak nikah ?
jawapan : takut terlanjur
soalan : sebab apa takut terlanjur ?
jawapan : sbb kami selalu bersama...
soalan : kamu x kisah ke nikah awal2 ni sedangkan nak tanggung diri sendiri pun x lepas..?
jawapan : yg itu x per lah..sbb bila dah kawin nanti kami rancang lah...
soalan : so..mcm mana nak buat perbelanjaan kawin ni kalau duit x der...?
jawapan : yg itu x per mak ayah kami dah ada sediakan duit...dia org kata yg penting kami nak kawin...

Sbb tu lah zaman sekarang ni kes2 penceraian tinggi..sbb nyer ramai mak bapak selalu megambil jalan pintas utk menutup sesuatu permasalahan...Yg mana sepatut nyer sebagai ibu bapa mereka harus lah menyedarkan atau mendedahkan kepada si anak bahawa perkahwinan itu memerlukan persediaan yg rapi bagi menjamin kualiti rumah tangga...

mfab :))

Wednesday, March 2, 2011

Main bowling lah pulak

25/2/2011  Jam 3.00 ptg 1 perlawanan bowling di bawah anjuran kelab kebajikan sukan dan rekreasi  (KKSR) fakulti tempat aku kerja mengada kan 1 perlawanan bowling yg mana bertujuan utk mengeratkan hubungan sesama staff dan melepaskan tekanan kerja seketika.
Main kat Ampang Point Kajang
 
Tengah tunggu keputusan perlawanan
Asyik tengok org jer dapat hadiah
  Ehh...aku pun menang jugek..( Naib johan Induvidu )
X kisah lah sbb aku pun dah dapat hadiah
Aikss..menang lagi... ( Tempat ketiga Kumpulan )

Semoga di lain tahun akan ada lagi pertanding sebegini..kita rebut kembali piala pusingan ini..mana yg kalah tu jgn bersedih.banyakan latihan..hehehe

ronggo7826@yahoo.com

Siksa Kubur



Sebagai orang yg beragama islam sudah pasti nya kita semua sedia maklum bahawa mati itu benar , dan alam kubur itu benar ,dan siksa kubur itu benar belaka..jadi utk itu kita semua sedia maklum bahawa segala amalan kita di dunia ini lah sebagai bekalan kita utk menghadapi alam kubur..
Sebagai seorang yg beragama islam kita semua patut menjadikan video ini sebagai iktibar dan panduan utk kita semua merenung dan bermuhasabah diri tentang amalan dalam kehidupan seharian kita..Pada pendapat saya mmg benar lah sangat lah video ini hanya rekaan semata mata,akan tetapi sebagai seorang yg beragama islam sudah pasti nya kita dapat megambil iktibar dari tontonan video ini..

mfab :))

Malam Pertama Di Alam Kubur (2)



Mari lah kita sama2 megambil iktibar dari perkongsian video ini...bukan lah niat hati ini nak menakutkan mana2 penonton tentang video yg amat menakutkan ini....tapi utk mengingatkan bahawase nyer akan pekara begini benar....dan setiap org pasti akan melalui nyer....semoga kita semua akan mendapat syafaat dari tontonan ini..
mfab :))