Tuesday, January 4, 2011

Satu lagi kapal bantuan menuju ke Gaza


DAMSYIK 3 Jan. - Sebuah kapal membawa bekalan bantuan bagi mencabar sekatan ke atas Gaza yang disokong aktivis Asia, telah belayar dari pelabuhan Syria ke Mesir kelmarin, kata seorang pegawai Palestin di sini, semalam.
Jurucakap kumpulan aktivis yang berpangkalan di Syria, Khaled Abdel-Majid berkata, kapal tersebut belayar dari Latakia menuju pelabuhan al-Arish, Mesir, lokasi bekalan bantuan akan dipunggah dan diangkut melalui jalan darat ke Gaza.
Katanya, kira-kira 100 aktivis proPalestin juga telah memasuki Genting Gaza dari Mesir awal pagi ini, bagi mengendalikan pengagihan bantuan dari kapal yang dijangka tiba malam ini.
Abdel-Majid berkata, kumpulan aktivis terlibat datang dari pelbagai pertubuhan amal terutamanya dari India.
"Seramai 12 aktivis dari Iran, Jepun, Pakistan dan Afghanistan menaiki kapal 'Salam' (Keamanan)," katanya sebelum ini.
Beliau berkata, konvoi penghantaran bekalan dikenali sebagai Asia 1 itu, meninggalkan India bulan lalu dan ia sepatutnya tiba di Gaza yang diperintah Hamas pada 27 Disember lalu, sempena ulang tahun kedua serangan Israel ke atas Gaza.
Menurutnya, kapal tersebut turut menjadi sasaran provokasi Israel sejak ia belayar di perairan antarabangsa.
"Kapal-kapal tentera laut Israel bertanya kepada kapten 'Salam' tentang jenis bekalan yang dibawa," kata Abdel-Majid dengan menambah, beberapa aktivis di atas kapal turut disoal siasat.
Sementara itu, seorang jurucakap tentera Israel di Baitulmaqdis berkata, pihaknya mengawasi kapal tersebut dengan teliti.
'Salam' membawa bekalan bantuan bernilai AS$1 juta (RM3.14 juta)) seperti ubat-ubatan, makanan, permainan, empat buah bas dan 10 penjana elektrik untuk hospital.
Israel menguatkuasakan sekatan ke atas Gaza sejak kumpulan pejuang Israel menawan seorang tenteranya pada Jun 2006.
Ia diperkuatkan lagi setahun kemudian selepas kumpulan pejuang Hamas mengambil alih pemerintahan Gaza ekoran perselisihan dengan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas.
mfab :))

No comments:

Post a Comment