~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Tuesday, January 4, 2011

Pewarna teh tiruan rosakkan hati


 – Bahan pewarna sintetik atau tiruan yang digunakan dalam pembuatan teh timbang boleh mendatangkan komplikasi buruk kepada organ hati sekiranya pengambilannya diamalkan.
Pakar pemakanan, Heng Kiang Soon berkata, penggunaan pewarna tiruan hanya untuk menjadikan sesuatu makanan lebih menarik, tetapi membahayakan penggunanya.
‘‘Masyarakat seharusnya mengelak daripada membeli makanan yang menggunakan pewarna tiruan seperti teh timbang kerana kesannya amat buruk kepada hati manusia.
‘‘Bahan tersebut bukan hanya digunakan untuk membuat teh timbang malah penggunaannya melibatkan banyak produk lain contohnya minuman dan makanan ringan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan mengenai teh timbang atau teh sukat yang amat digemari oleh penduduk di Kelantan yang sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan.
Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan, Ahmad Nadzri Sulaiman berkata semalam, teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna tiruan (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.
Kiang Soon menambah, fungsi organ hati akan terjejas jika terus dibebankan dengan bahan-bahan tiruan tersebut.
Katanya, ibu bapa perlu sedar kesan buruk yang bakal dialami dengan pengambilan pewarna tersebut berlebihan khususnya kepada anak-anak kecil.
‘‘Selain teh timbang, makanan ringan kanak-kanak juga menggunakan bahan pewarna tiruan yang agak tinggi supaya produk tersebut lebih menarik untuk dimakan,” katanya.

mfab :))

No comments: