Thursday, January 6, 2011

Ikan tuna dilelong RM1.23 juta di Jepun



IKAN tuna bluefin yang dilelong pada harga rekod tertinggi di dunia, ditolak menggunakan troli di pasar Tsukiji di Tokyo, Jepun, semalam. – REUTERS


TOKYO 5 Jan. – Seekor ikan tuna raksasa jenis bluefin dijual pada harga tertinggi dalam sejarah, sebanyak AS$396,000 (RM1.23 juta) pada majlis lelong pertama tahun ini di pasar ikan terbesar di dunia, di Tokyo hari ini.
Harga jualan meningkat ke paras itu berikutan pembidaan sengit sebelum subuh.
Ikan seberat 342 kilogram yang ditangkap di perairan pulau Hokkaido, utara Jepun, jatuh ke tangan dua pembeli yang membuat tawaran bersama sebanyak 32.49 juta yen (RM1.23 juta), kata seorang pegawai di pasar ikan Tsukiji.
Harga itu mengatasi rekod sebelum ini sebanyak 20.02 juta yen (RM756,734) yang dibayar untuk seekor ikan tuna bluefin pada 2001.
Sepotong ‘sashimi’ atau ikan mentah daripada spesimen gergasi itu dianggarkan boleh dijual pada harga kos sebanyak 3,450 yen (RM128), lapor media tempatan.
Ikan itu dibeli oleh dua pemilik restoran sushi, seorang dari Jepun dan seorang lagi dari Hong Kong, yang juga membuat tawaran bersama untuk membeli seekor ikan tuna ‘bluefin’ pada harga tertinggi semasa upcara lelong pertama pada tahun lepas di pasar ikan Tsukiji, pasar seluas lebih 40 padang bola sepak.
“Saya berasa lega kerana ikan itu jenis yang baik. Harga menjadi tinggi kerana pembeli di luar negara turut membuat permintaan untuk tuna,” kata pemilik restoran sushi dari Hong Kong itu.
Pembida dari China, di mana populariti tuna bluefin gred tinggi semakin meningkat, telah membantu melonjakkan harga jualan ke paras tertinggi, lapor media.
“Globalisasi makanan membawa kepada harga tinggi. Ini berita baik yang merangsang seluruh pasaran dan diharapkan ekonomi Jepun akan turut meningkat,” kata seorang peserta lelong. – AFP

mfab :))

No comments:

Post a Comment