Thursday, December 30, 2010

Seks songsang terdedah penyakit berjangkit


KUALA LUMPUR 29 Dis. - Pengamal seks songsang dikategorikan sebagai golongan yang mengalami masalah psikologi sehingga mereka cenderung memilih kaum sejenis tanpa memikirkan kesan penyakit yang boleh menjangkiti mereka.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, golongan itu berisiko tinggi terdedah kepada penyakit berjangkit seperti AIDS dan penyakit kelamin walaupun mereka mengambil langkah pencegahan.
Menurutnya, pengamal seks songsang perlu sedar tentang perkara berkenaan dan menjauhi kegiatan tidak bermoral itu bagi mengelakkan diri dijangkiti penyakit-penyakit berkenaan.
"Jika difikirkan pasti ada sebab yang munasabah mengapa setiap ajaran agama melarang penganutnya terlibat dengan kegiatan seks songsang. Saya percaya ia ada kaitan dengan kesannya terhadap kesihatan pengamalnya.
"Pengamal seks songsang berisiko untuk dijangkiti penyakit berjangkit yang berbahaya seperti AIDS serta penyakit-penyakit kelamin yang lain dan ia harus dihentikan segera. Selain itu, ia juga bertentangan dengan budaya negara kita dan Islam," katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau mengulas mengenai budaya seks songsang yang semakin menular di Malaysia dan ancamannya kepada negara sekiranya tidak dibendung segera.
Baru-baru ini, rakyat digemparkan dengan pengakuan seorang lelaki Melayu berusia 32 tahun bahawa dirinya seorang gay menerusi salah satu video kontroversi bertajuk It Gets Better In Malaysia: Memberi harapan untuk lesbian, gay, biseksual dan transeksual.
Menurut Rosnah, penularan kegiatan seks songsang bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang terjebak dengan perlakuan tidak bermoral itu, malah ia turut merosakkan masyarakat.
"Apabila semakin ramai yang menerima budaya tersebut maka tentunya masyarakat yang terbentuk adalah masyarakat yang pincang moralnya," jelasnya.
 
mfab :))

No comments:

Post a Comment