Tuesday, December 28, 2010

RM150 juta pinjaman usahawan



Idris Jusoh mengambil makanan di gerai Asam Pedas Hot sambil diperhatikan Mazira Abd Ghani pada Majlis Pelancaran Penjenamaan Semula Medan Selera Rakyat di Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam. – utusan/ASWAD YAHYA


 – Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan pinjaman sebanyak RM150 juta untuk usahawan bumiputera di seluruh negara mulai tahun depan.
Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, setiap peminjam akan mendapat purata pinjaman RM50,000 seorang yang akan melibatkan semua bidang kecuali pertanian.
‘‘Peruntukan itu tidak banyak kerana ia cuma daripada jumlah kutipan pinjaman yang telah dibayar balik oleh usahawan sebelum ini,’’ katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Penjenamaan Semula Medan Selera Rakyat di Tingkat 2, Ibu Pejabat Mara, Jalan Raja Laut di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Mara Wilayah Persekutuan, Roslan Abdul Ghani.
Idris berkata, setiap pemohon pinjaman akan dimestikan menjalani ujian psikometrik yang diperkenalkan oleh Mara sejak November lalu.
‘‘Daripada ujian ini kita akan dapat mengukur sejauh mana minat pemohon untuk menjalankan perniagaan,’’ katanya.
Beliau berkata, ia kerana Mara ingin melahirkan mereka yang benar-benar mempunyai ciri-ciri menjadi usahawan berjaya termasuk berdaya tahan, mampu bersaing serta berani mengambil risiko.
Idris juga berpuas hati dengan pencapaian kutipan penyewaan di Medan Mara yang memberangsangkan kerana telah mencapai 97 peratus kadar kutipan.
‘‘Ini bukan sahaja menunjukkan perubahan sikap pegawai Mara yang membuat kutipan malah lebih penting perubahan sikap usahawan itu sendiri,’’ katanya.
Beliau berkata, prestasi pembayaran balik pinjaman Mara oleh usahawan bumiputera di seluruh negara juga semakin baik.
‘‘Kalau dahulu usahawan bersikap ambil mudah untuk membayar balik pinjaman Mara tetapi kini ia semakin berubah,’’ katanya.

mfab :))

No comments:

Post a Comment