~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Tuesday, December 28, 2010

Israel tetap tidak akan mohon maaf


BAITULMAQDIS 27 Dis. – Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman berkata, negaranya tidak akan memohon maaf kepada Turki berhubung insiden serangan komando rejim Zionis itu ke atas sebuah kapal Turki yang menyertai flotila bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza pada Mei lalu, yang menyebabkan sembilan aktivis warga Turki terbunuh.
Ketika bercakap pada mesyuarat dengan duta-duta Israel di sini semalam, Lieberman berkata, permintaan Ankara supaya Israel memohon maaf bagi memulihkan hubungan kedua-dua negara tersebut, dianggap sebagai satu tindakan biadap.
“Pihak yang sepatutnya memohon maaf adalah kerajaan Turki kerana menyokong pengganas.
“Tidak akan ada sebarang permohonan maaf daripada kerajaan Israel,” katanya.
Hubungan diplomatik antara Turki dan Israel menjadi tegang selepas insiden 31 Mei apabila komando rejim Zionis Israel menyerang kapal bantuan tersebut yang disertai aktivis keamanan Turki untuk memasuki Genting Gaza bagi menghantar bantuan kemanusiaan.
Operasi ketenteraan oleh Israel itu telah menyebabkan sembilan aktivis Turki terbunuh dan ia menyebabkan Israel dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa selain menjejaskan hubungan Tel Aviv dengan Ankara.
Awal bulan ini, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan di Geneva bagi mencari kata sepakat menamatkan krisis antara kedua-dua negara itu dan sedang menunggu pendirian daripada pihak Israel.
Dalam perbincangan itu, Turki menggesa Israel memohon maaf atas serangan itu, membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa yang terbunuh bagi memulihkan hubungan antara kedua-dua negara termasuk menghantar semula Duta Turki ke Tel Aviv.
Tetapi terdapat bantahan di pihak Israel yang melihat tindakan Israel memohon maaf akan dilihat menjadi liabiliti dan menyebabkan tentera Israel terdedah kepada tindakan mahkamah antarabangsa.
Hubungan Israel dan Turki mula tegang sejak Israel melancarkan serangan ke atas Genting Gaza pada Disember 2008.
Israel juga dikatakan tidak senang dengan tindakan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang lantang mengkritik Israel, selain turut menyatakan sokongannya terhadap kumpulan Hamas yang mentadbir Gaza. – AFP
 
mfab :))

No comments: