~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Friday, December 24, 2010

BANGUN MELAYU....MARTABATKAN LAH MELAYU...

Melayu, bumiputera kukuhkan ekonomi

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Golongan Melayu dan bumiputera perlu berusaha keras untuk memperkukuhkan penguasaan ekonomi mereka agar kuasa politik kaum tersebut dapat dipertahankan pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir  berkata, ini kerana kuasa politik kaum tertentu akan terhapus sekiranya mereka tidak dapat bersaing dengan kaum lain dalam pemilikan ekonomi sesebuah negara.
Apabila kekuasaan ekonomi serta politik Melayu dan bumiputera terhapus, katanya, keadaan itu boleh menyebabkan ketidakstabilan dalam negara memandangkan golongan tersebut merupakan kaum majoriti di Malaysia.
"Pertumbuhan tahunan ekonomi bumiputera serta Melayu dicatatkan pada kadar 2.5 hingga 2.7 peratus berbanding kenaikan 7 peratus dalam perkembangan tahunan ekonomi negara.
"Di sini jelas menunjukkan pegangan ekonomi bumiputera adalah masih jauh ketinggalan berbanding kaum lain. Apa akan jadi sekiranya ia berterusan sehingga 2020," katanya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Jerlun berkata demikian pada majlis dialog Bicara Orang-Orang Muda (BOOM) anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di sini, hari ini.
Sementara itu, katanya, politik berasaskan kaum tetap relevan di negara ini kerana masih terdapat ketidakpuasan hati di kalangan sesetengah kaum ke atas kaum lain.
Justeru menurut beliau, kerajaan kini giat menjalankan usaha untuk memastikan hasil kekayaan negara dapat diagihkan secara bertepatan dengan aspirasi rakyat.
"Bank Dunia sering menggunakan contoh kejayaan Malaysia dalam membahagikan kekayaan negara buat rakyat pelbagai kaum sejak pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB)," tegasnya.

mfab :))

No comments: