~ MuTiArA kAtA

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali & Dan aku anak kampong tidak terlalu pandai menulis....akan tetapi apa yang baik akan ku kongsikan jua.....

Monday, May 17, 2010

ADIK AKU NIKAH DAHH.......

1/5/2010 adalah tarikh bersejarah bagi adik ku yg benama UMBI KALSOM BINTI ABU BAKAR yg mana pada hari ini beliau telah menamatkan zaman bujang nya....hampir 2 tahun perkenalan dengan jejaka pilihan hatinya iaitu SUHAIMI BIN BAKAR...maka terikat/tersimpul/temerterai sudah janji2 yg pernah di lafazkan...syukur alhamdulilah...

Rasa mcm x pecaya jer adik aku ni dah nikah....rasanya mcm x cukup dewasa dia...ermm bila di kenang kisah2 dulu...banyak pekara yg membuatkan hatiku menjadi sebak mengenangkan kisah adik ku ini.....banyak pekara pahit yg telah di telan oleh nya..namun semua itu telah mematangkan dan mendewasa kan dirinya...tahniahh....
aku dan isteriku......boleh dikatakan org yg paling gelisah utk menantikan detik bersejarah ini selain dari kedua ibu bapaku.....mau x nya..segala pekara hal2 persiapan pelamin,mak andam,juru gambar dan mcm2 lagi lah pasti akan di rujuk kepada aku dan isteriku oleh adiku ini...nampak sgt lah banyak pekara yg masih belum selesai lg...sedangkan masa yg di janjikan hanya tinggal 1 minggu lg...aku dan isteriku pula masih lg berada di PUTRAJAYA..masih lg belum sampai masa permohonan cuti kami...mmg cemas dan x senang duduk...
4 hari sebelum berlansungnya majlis....waktu aku sudah berada di kampung....semuanya aku pasti kan dah selesai mana2 yg penting2 tu....hehehe...duit sewa khemah dah di bayar, duit pelamin ,upah mak andam,jurugambar dan keperluan lain semuanya dah beres.......
pada hari kedua pula kami ke kuantan ibu negeri pahang utk meraikan konvokesyen adik aku kat POLISAS...ermmm...mmg penat....saharian pulak tu kena duk kat sana...x perlah yg penting semuanya nak di raikan...
hari ke tiga iaitu sehari sebelum majlis.....wauuu....mmg seronok..mau x nya....semua saudara mara,sepupu,sepapat datang....mg meriah..alhamdulilah....boleh di katakan mana saudara mara mmg memberikan komitmen yg tinggi bab2 kenduri kendara ni....mcm2 gurau senda yg dapat dilihat...menyanyi,mengusik,melatah latah kan..mcm2 lagi lah.....di sini konsep bergotong royong di tunjukkan...ada yg merebus telur..,potong bawang...goreng kerisik kelapa...ada yg menyediakan juadah utk semua dan mcm2 lagi lah....yg bagus nya semua kerja2 tu x der pun yg nak jadi pengarah.hehehhe....
masuk pukul 5.30 ptg...lain pula kerja nya...apa lagi...daging dah sampai...mari kita melapah ramai2...biasanyac kerja2 mcm ni org lelaki sahaja yg membereskan nya.....masing2 apa lagi dengan golok/parang masing.... "mana yg daging kita asing kan....tulang kita asing kan....nanti malam tulang itu kita buat sup..... " begitu lah ayat yg keluar dari mulut ketua penangah..
Saat2 yg mcm ni lah yg aku idamkan..mmg dah lama aku nanti kan saat2 yg mcm ni.....sbb zaman sekarang ni mmg susah nak jumpa org buat kenduri mcm ni lah lg....kalau ada pun mmg kurang....hanya di kampong2 tertentu saja...org sekarang ni ramai yg nak senang jer...upah tukang masak/katering jer..dia org ni mana ada nak beli sekor lembu/kerbau...just daging kotak jer...kurang best lagh.......

HARI itu ada lah hari jumaat iaitu hari terkhir sebelum hari besar majlis jadi kerja bergotong royong pada hari itu telah bermula dari jam 10.00 am sampai lah ke pagi jam 3-4 pagi...biasanya kaum wanita akan mendahului kerja2 bergotong royong pada waktu siang yg biasanya di mulai dari jam 10.00am sampai ke pukul 4-5 pm..mana kala kaum lelaki mendahului dari jam 5-6 pm sampai ke waktu pagi...
hari besar yg di nanti2kan pun telah tiba....segala juadah telah pun tersedia....juadah di hidang kan dengan cara bufet suapaya para jemputan senang megambil makanan dengan selera mereka....di mulai dengan jam 10.00 am para jemputan mulai tiba silih berganti..para penyedia makanan agak kelam kabut utk memastikan juadah yg tersedia mencukupi dan sentiasa terhidang utk jemputan......kehadiran para jemputan berlanjutan hingga ke pukul 2.00 pm mmg x putus-putus seronok rasanya bila buat majlis ramai org yg datang kiranya mmg berbaloi-baloi lah....x sia2 hasil penat lelah kami sekeluarga bertungkus lumus utk melansungkan majlis ini bila melihatkan para tetamu yg begitu memberangsangkan...begitu lah hebatnya bila berniat bersedekah atau berniat nak menajamu org2 kg makan.......segala perjalanan majlis berjalan begitu lancar x der masalah apa2pun yg jumpa..adik aku pun dah jadi isteri org.....ALHAMDULILAH..........SELAMAT....
LEPAS KENDURI MMG PENAT..PASAL NAK KEMAS BARANG KENDURI,...PASAL MASA NI ORG2 KAMPONG DAH X T0LONG DAH..........ADUHHH......TOLONG.TOLONG.....KHEMAH X BUKA LG.PERIUK BELANGGA,KAWAH SEMUARNYA NAK KENA CUCI NI.....TOLONG.TOLONG.......

mfab :))

No comments: