Monday, December 30, 2013
5 Perkara YAHUDI Tak Nak Kita Tahu!
1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.
2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
http://fadir78.blogspot.com/
IMAN SEMUT DAN IMAN MANUSIA
ANTARA IMAN SEMUT DAN IMAN MANUSIA
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah
Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah
Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu
yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: “Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.
Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di
tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus
ini ada rezeki untuk ku”.
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:
“Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar
makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”
Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji
gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh
dalam bekas dan tutup bekas itu.
Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi
hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman
menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata
kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan
setengah”.
Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong,
kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya
sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri
dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa
padaku.
Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup,
rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab
itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu
lupa”.
Itulah Iman Semut!!
MANUSIA
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati.
Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.
Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu.
Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik
kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke
kubur untuk korek balik.
Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir.
Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya:
“Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua
sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat.
Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang!”.
Jawab Imam Suffian: “Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah.
98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”.
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.
Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kamil: “ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA
DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH
APABILA DIBELANJAKAN”.
Soalan: Bagaimanakah IMAN kita?
http://fadir78.blogspot.com/
Thursday, December 19, 2013
KEUTAMAAN SAF YANG PERTAMA
Huraian:
Solat berjamaah adalah lebih besar ganjarannya daripada bersolat seorang diri dengan 27 kali ganda pahalanya.
Setiap saf mestilah disusun dengan sempurna iaitu rapat dan penuh serta tidak terputus-putus.
Orang-orang yang mengambil berat tentang barisan (saf) sembahyang jemaah yang disertainya dijanjikan balasan rahmat dari Allah S.W.T serta malaikat mendoakan kebaikan untuk dirinya malah orang yang masuk menutup celah-celah saf sembahyang akan diangkat lagi martabatnya dengan satu darjat.
http://fadir78.blogspot.com/
Tuesday, December 17, 2013
Nilai Sebenar Seorang Isteri...
Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan
yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.
PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua,
teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.
PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"
Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.
PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."
PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”
Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.
Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.
PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"
Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan
berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.
Setelah suasana tenang,
PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang
tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak
yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari
lagi?"
Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.
Lalu lelaki itu menjawab:
”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya,
manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan
meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam
hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang
memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah
yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”
Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri2 anda..
http://fadir78.blogspot.com/
Monday, December 16, 2013
Ketentuan Allah Dan Perancangan Allah Adalah Terbaik.
Tentu setiap orang daripada kita mesti ada perancangan kan? dan amat jarang sekali perancangan itu menepati kehendak kita jikalau tidak pada kehendak Allah. Memang, kita mempunyai perancangan demi perancangan untuk meneruskan cebisan hidup yang telah diamanahkan oleh Allah swt. Sebaik-baik perancangan adalah memohon keredhaan Allah swt, kerana perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Jadi apa yang ditentukan oleh Allah kita hendaklah redha dan ikhlas menerima walaupun kita rasa sukar, insyaAllah akan jadikan lebih mudah untuk kita. Mungkin kita tidak tahu kebaikan di sebalik ketentuan Allah dan juga mungkin kita tidak tahu keburukan disebalik kehendak kita.
Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”
Dalam Al-Quran
Kita mempunyai buku panduan iaitu Al-Quran, jadi Al-Quran adalah rujukan dan panduan terbaik untuk umat manusia meneruskan kehidupan. Jadi Dalam Al-Quran sudah menyatakan masalah ini 1400 tahun dahulu lagi sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 216 bermaksud
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
Akhir Kata
Oleh yang demikian, beranggapan baiklah kita dengan segala ketentuan Allah. Sememangnya di sana telah ditakdirkan yang terbaik untuk kita semua. Percayalah Dialah Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Perkasa
http://fadir78.blogspot.com/
Thursday, December 5, 2013
RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
BERIMAN KEPADA EMPAT PERKARA
Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya empat perkara, iaitu: Mengetahui dan meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran, dan percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang, dan percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati, serta percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah." (Hadis Riwayat Ali R.A)
Huraian:
Setiap umat Islam wajib mengimani perkara-perkara berikut:
Percaya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T.
Percaya bahawa Muhammad adalah nabi dan rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan ajaran-Nya.
Percaya bahawa setiap manusia pasti akan mati apabila sampai ajalnya di mana setiap seorang akan melalui saat sakratul maut� yang telah ditetapkan caranya.
Percaya bahawa setiap manusia yang telah mati, di hari akhirat kelak mereka akan dibangkitkan semula untuk dihisab amalan mereka oleh Allah .
Percaya dengan kadar takdir (qadha' dan qadar) Allah.
Sesiapa yang mengingkari mana-mana perkara tersebut seperti menaruh perasaan syak dan ragu-ragu di dalam hati (tidak yakin) maka akan rosaklah aqidah Islamnya.
Beriman bermaksud percaya dan membenarkan segala sesuatu yang didatangkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu tiap-tiap perkara yang disampaikan dan diajarkan oleh baginda itu sebenarnya datang dari Allah bukanlah rekaan, khayalan dan sebagainya.
(SUMBER : JaKiM)
http://fadir78.blogspot.com/
Wednesday, December 4, 2013
Gerbang Perkahwinan Itu....
Oleh kerana tidak memahami perkara ini, ramai orang merasakan diri mereka tertipu dengan pasangan masing-masing.
Ketahuilah bahawa perjalanan alam perkahwinan lebih mudah jika tanggungjawab dapat dikongsi bersama.
http://fadir78.blogspot.com/
Thursday, November 28, 2013
SUSAHKAN PERKAHWINAN & MEMUDAHKAN KEMAKSIATAN
Assalammu'alaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah,
Muqaddimah
Artikel kali ini, akan mengulas tentang beberapa bentuk kejahatan yang
berlaku pada akhir zaman. Iaitu, menyusahkan perkahwinan dan memudahkan
maksiat.
Realiti Yang Terjadi Tentang Perkahwinan
1.
Hantaran untuk perkahwinan, hendaklah beribu-ribu ringgit, sehinggakan
si lelaki kering kontang apabila membincangkan tentang perkahwinan,
sedangkan ia bukanlah satu kewajipan. Kewajipan seorang suami ialah
memberi nafkah kepada isterinya, bukanlah terlalu melampau di dalam
meletakkan harga perkahwinan. ( Ustaz Abdullah Nasih Ulwan, ‘Aqabat Az
Zawaj, cet. Maktabah Darul Salam, bah. ke 2 )
2. Masyarakat
“mengharamkan” perkahwinan ketika belajar sedangkan Allah sahaja yang
berhak mengharamkan sesuatu perkara. Seolah-olah manusia telah
meletakkan “pembelajaran” itu adalah perkara yang diharamkan bagi
sesiapa yang ingin berkahwin. ( Prof Dr Yusof al Qardhawi, al Halal Wal
Haram Fil Islam, cet. Maktabah Wahbah, bab. 1 )
3. Masyarakat
meletakkan tanggungjawab yang tinggi bagi suami isteri. Contohnya bagi
seorang suami itu diwajibkan untuk menyediakan “sesuatu” yang bukan
menjadi tanggungjawabnya. Begitu juga si isteri, yang diwajibkan itu dan
ini, sedangkan ia bukanlah satu kewajipan. ( Opcit, Ustaz Abdullah
Nasih Ulwan )
4. Konon meraikan adat, tetapi tidak melihat
percanggahannya dengan Islam. Contohnya persandingan, yang seolah-olah
diwajibkan kepada pengantin, sedangkan hukumnya haram. ( Syeikh Muhammad
al Ghazali, Laisa Minal Islam, terjemahan oleh H. Mu’ammal Hamidy, cet.
kedua 1978, PT Bina Ilmu, bah. 7, ms 209 )
5. Apabila memilih
menantu, biasanya akan diukur dari sudut “kewangan” semata-mata. Walhal
Islam lebih menekankan aspek kefahaman dalam beragama. Apa gunanya si
kaya yang miskin agama. Perkara ini telah dijelaskan oleh Baginda SAW. (
Imam Ahmad bin Hanbal, Musnad, cetakan Mu’assasah al Qurtubah, bah. 2,
ms 428, no. 9517 )
6. Perkahwinan tidak lagi digalakkan.
Bahkan, sesiapa yang ingin melaksanakan ibadah ini, akan diceritakan
tentang kesusahan hidup berumah tangga, sehingga menyebabkan remaja
lebih suka berzina berbanding berkahwin. Sedangkan penzinaan itu telah
jelas haram berdasarkan Surah al Isra : ayat 32, dan perkahwinan itu
digalakkan ( Dr Wahbah Zuhaili, Fiqhul Islami Wa Adillatuhu, cet. Darul
Fikr, bah. 9, ms 88 )
Realiti Tentang Maksiat Pada Hari Ini
1. Melakukan maksiat lebih mudah. Berdua-duaan itu lebih mudah daripada
perkahwinan, dan masyarakat jarang mengambil peduli tentang kebobrokan
maksiat ini. Berbeza dengan perkahwinan, yang dianggap sebagai
“penghabis duit”. Lihatlah, berdua-duaan itu tidak perlukan duit. Inilah
kejahatan akhir zaman. Nabi SAW bersabda maksudnya :
Daripada Abu
Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda : “Demi jiwaku berada di
kuasaNya, tidak akan lenyap umat ini sehinggalah berlakunya kejadian di
mana seorang pemuda datang kepada seorang perempuan lalu menidurinya di
jalanan, maka orang yang terbaik akhlaknya ketika itu dari kalangan
mereka ialah mereka yang berkata : Alangkah lebih baiknya sekiranya aku
melihat mereka di belakang tabir ini, (berbanding aku melihat di hadapan
mata. (Ahmad bin Ali at Tamimi, Musnad Abi Ya’la, cet. pertama 1404 H,
Darul Makmun Lit Turath, tahqiq Husain Salim Asad, bah. 11, ms 43, no.
6183)
2. Anak luar nikah hasil penzinaan tidak dipelihara oleh ibu
bapa mereka yang telah melakukan dosa ini. Bayi-bayi boleh dibuang
merata tempat. Apabila berkahwin, masyarakat akan berkata “Kalau kamu
kahwin, susah nak jaga anak...”, dan sebagainya.
Statistik anak luar nikah :
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa
catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada
setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu
kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran
kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978
dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah
anak orang ISLAM.
Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Neg. Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
========================
JUMLAH = 70,430 orang
( http://berita-harian-online.com/statistik-anak-luar-nikah-di-malaysia/ )
Kesimpulan
Semoga kita dapat menghindari amalan ini. Ingat, maksiat semakin
dipermudahkan, dan perkahwinan semakin dipayahkan. Inilah tanda akhir
zaman, yang jelas berlaku di hadapan mata kita pada hari ini. Islam itu
memudahkan sesuatu amalan yang baik, dan menegah amalan buruk dan
maksiat. Islam bukanlah memudahkan maksiat, dan menyukarkan perkahwinan.
Maka, mereka yang memudahkan maksiat dan menyukarkan perkahwinan
termasuk dalam golongan yang telah bercanggah dengan Islam. Percanggahan
ini disebabkan kejahilan mereka tentang Islam. Maka, mereka akan
melahirkan generasi yang bertaklid buta, dan menghasilkan masyarakat
yang jauh dari sistem Islam.
Allah SWT berfirman;
Sesudah
itu, patutkah mereka berpandukan lagi kepada undang-undang Jahiliyah?
Siapakah yang lebih baik undang-undangnya berbanding undang-undang
Allah, bagi mereka yang yakin? (Surah al Ma’idah : 50)
Tulisan: Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil Kuliah Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah Universiti al Azhar
Sumber:Blog Ibnu Dr Fadzil
http://fadir78.blogspot.com/
Tuesday, November 26, 2013
Sahabat2ku sekalian
Sahabat2ku sekalian bacalah sejenak..
Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak
menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di
Dunia.
Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:
"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia soalat
bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."
Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").
Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:
"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersamNANTI.i di Syurga-Mu"
SAUDARA/ SAUDARI Ku..
Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..
Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِÙŠّÙ†ْ. ÙŠَا رَبَّ العَالَÙ…ِينْ
Ya Allah
Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu
mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..
Kekalkanlah PERSAUDARAAN kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...
Oleh itu...
Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.
WAHAI SAUDARA/ SAUDARIKU SEKELIAN
JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI
http://fadir78.blogspot.com/
Tuesday, November 19, 2013
RM20 Dimata Kita,Di Hati Mereka
Ianya selamat dan indah di sini. Di Syria pula ianya kisah yang berlainan.
Kehidupan keluarga para syuhada semakin menderita dari hari ke hari, tanpa bantuan kewangan, atau seorang ketua keluarga (lelaki dewasa) bagi membantu mereka mengharungi musim sejuk serta tanpa bantuan antarabangsa untuk membantu mereka, hanya NGO-NGO seperti Syria Care sahaja yang sanggup membantu keluarga para syuhada ini. Sebagai saudara, apa yang boleh kita lakukan untuk membantu keluarga-keluarga para syuhada ini?
Kami di Syria Care akan memulakan satu projek baru yang akan berlangsung hanya selama 2 minggu sahaja. (20 Nov-4 Dec). Program yang dinamakan RM20, Kecil Bagi Kita, Besar Bagi Mereka bertujuan untuk mengutip derma sebanyak RM20 bagi menampung sebuah keluarga para syuhada di Syria.
Kami mensasarkan 100 keluarga para syuhada dapat dibantu melalui program ini insha ALLAH agar mereka dapat meneruskan hidup seperti sediakala akibat kehilangan ketua keluarga.
RM20 adalah satu jumlah yang kecil bagi kita akan tetapi ianya satu jumlah yang besar bagi mereka.
Dermalah RM20 sehingga 4 Dec.
Kehidupan keluarga para syuhada semakin menderita dari hari ke hari, tanpa bantuan kewangan, atau seorang ketua keluarga (lelaki dewasa) bagi membantu mereka mengharungi musim sejuk serta tanpa bantuan antarabangsa untuk membantu mereka, hanya NGO-NGO seperti Syria Care sahaja yang sanggup membantu keluarga para syuhada ini. Sebagai saudara, apa yang boleh kita lakukan untuk membantu keluarga-keluarga para syuhada ini?
Kami di Syria Care akan memulakan satu projek baru yang akan berlangsung hanya selama 2 minggu sahaja. (20 Nov-4 Dec). Program yang dinamakan RM20, Kecil Bagi Kita, Besar Bagi Mereka bertujuan untuk mengutip derma sebanyak RM20 bagi menampung sebuah keluarga para syuhada di Syria.
Kami mensasarkan 100 keluarga para syuhada dapat dibantu melalui program ini insha ALLAH agar mereka dapat meneruskan hidup seperti sediakala akibat kehilangan ketua keluarga.
RM20 adalah satu jumlah yang kecil bagi kita akan tetapi ianya satu jumlah yang besar bagi mereka.
Dermalah RM20 sehingga 4 Dec.
http://fadir78.blogspot.com/
Tuesday, November 12, 2013
Suspek kes bunuh Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan),Jabatan Agama Islam Pahang..
Mohon sebarkan wajah suspek yang bersangkut paut dengan kes bunuh Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan),Jabatan Agama Islam Pahang ini..
Mohon (suspek ) dan geng kau orang serah diri ke Balai Polis yang berhampiran dengan segera kerana senjata angota polis yang di tugas kan untuk memburu kau orang memang tengah dahaga darah kau orang....
http://fadir78.blogspot.com/
Monday, November 11, 2013
SeDiKiT PuN CuKuP...
Firman
ALLAH “Sesungguhnya Allah membeli dari mukmin JIWA dan HARTA mereka
dengan menggantikan SYURGA. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga
mereka terbunuh,(sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat,
Injil dan Al-Quran. Dan Siapakah yang lebih tepati janjinya selain
Allah? Maka gembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan
demikianlah kemenangan yang agung” (Surah At-Taubah : 111)
Andai satu ketika dahulu, Bilal bin Rabah berjaya mengubah dunia dengan
laungan azan, sehingga kini, seluruh dunia menikmati laungan kalimah
cinta itu 5 kali sehari, tidak sesaat pun laungan ini terdiam seketika.
Hamba itu telah dieksploitasi Umaiyyah bin Khalaf, yang menyeksanya
sehingga kembali menyembah berhala. “Ahad! Ahad!” itulah kalimah cinta
hakiki yang menerobos segala tohmah dan seksaan walau nyawa di hujung
cemeti Umaiyyah.
Kehadiran Abu Bakar untuk membebaskan jiwa ini dari cengkaman si durjana itu, kerana adanya hasil ekonomi
demi kemampuannya untuk sekelumit saudara-saudara baru, seperti Bilal
ini. Terima kasih wahai Abu Bakar, sejarah Bilal masih tercatat untukku
contohi, bukan terhenti setakat seksaan.
Suatu ketika, dalam
sebuah siri peperangan bersama Rasulullah TERCINTA, Abu Bakar sekali
lagi menggunakan hasilnya ekonominya, demi perjuangan yang haq ini.
Bertanyalah Rasulullah kepadanya,
“Wahai Abu Bakar, engkau telah menggunakan seluruh kewanganmu, apakah yang kau tinggalkan kepada anak-anak dan isterimu?”
“Aku tinggalkan Allah dan Rasul kepada mereka”-Abu Bakar
Subhanallah.. Tak dapat menahan sebak di dada mengingati dan menulis
kisah sahabat ni sehingga mampu mengalir titisan sejuk di pipi ini.
Allah tidak melarang hamba-Nya untuk mencari rezeki bahkan Allah menyuruh manusia untuk mencari rezeki yang halal;
“Makanlah dari rezeki yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu,
dan janganlah melampaui batas, yang menyebabkan kemurkaan-Ku menimpamu.
Barangsiapa ditimpa kemurkaan-Ku maka sungguhm binasalah dia”(Surah Taha
: 81)
Rezeki ini yang dimaksudkan disini adalah ekonomi bagi
umat Islam. Andainya, dengan kukuhnya kewangan umat Islam mampu mengubah
sesuatu keadaan umat islam hari ini, mengapa tidak kita berusaha untuk
itu?
via http://www.facebook.com/ amirul1709
http://fadir78.blogspot.com/
Thursday, November 7, 2013
Ketika dalam "duduk di antara dua sujud."
Ketika dalam "duduk di antara dua sujud."
Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami, sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah..
Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni.. (Sayangi aku..)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.
Wajburnii.. (Tutuplah aib-aibku..)
Warfa'nii.. (Angkatlah darjatku..)
Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..)
Wahdinii.. (Berilah aku petunjuk..)
Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..)
Wa'fuannii..(Maafkan aku..)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain...
Wallahu'alam
Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami, sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah..
Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni.. (Sayangi aku..)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.
Wajburnii.. (Tutuplah aib-aibku..)
Warfa'nii.. (Angkatlah darjatku..)
Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..)
Wahdinii.. (Berilah aku petunjuk..)
Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..)
Wa'fuannii..(Maafkan aku..)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain...
Wallahu'alam
http://fadir78.blogspot.com/
Janji Suami..
SUATU HARI..
ISTERI : Abang, janji ek, takkan pernah sayang perempuan
lain selain saya?..
SUAMI : Maaf, abang tak boleh janji macam tu..
ISTERI : Kenapa? Abang ada perempuan lain lah ye?
(dengan nada terkejut)
SUAMI : Hmmm.. Abang mintak maaf .. Abang takut
suatu hari nanti dia muncul dan abang akan sayang dia.
ISTERI : Jadinya abang tak setia? (dengan nada cemburu)
SUAMI : Awak memang cantik tapi mungkin PEREMPUAN
tu lagi cantik, mungkin dia akan selalu hiburkan abang
waktu abang penat, sedih, marah.. Mungkin Dia memang
baik macam awak.. Dia ada semua sikap macam awak..
Macam yang abang inginkan..
Si Isteri tertunduk membisu. Sedih hati nya bukan kepalang.
Melihatkan itu, si suami tersenyum lalu memegang tangan isterinya..
SUAMI : Abang akan sayang dia macam abang sayang awak..
suatu hari nanti dan Dia akan panggil awak.. UMMI!
Sebab tu abang tak boleh janji.. InshaAllah abang akan
sayang anak perempuan kita macam abang sayang awak.
Bahkan mungkin lebih.... Dan mereka sama-sama tersenyum.
ISTERI : Abang, janji ek, takkan pernah sayang perempuan
lain selain saya?..
SUAMI : Maaf, abang tak boleh janji macam tu..
ISTERI : Kenapa? Abang ada perempuan lain lah ye?
(dengan nada terkejut)
SUAMI : Hmmm.. Abang mintak maaf .. Abang takut
suatu hari nanti dia muncul dan abang akan sayang dia.
ISTERI : Jadinya abang tak setia? (dengan nada cemburu)
SUAMI : Awak memang cantik tapi mungkin PEREMPUAN
tu lagi cantik, mungkin dia akan selalu hiburkan abang
waktu abang penat, sedih, marah.. Mungkin Dia memang
baik macam awak.. Dia ada semua sikap macam awak..
Macam yang abang inginkan..
Si Isteri tertunduk membisu. Sedih hati nya bukan kepalang.
Melihatkan itu, si suami tersenyum lalu memegang tangan isterinya..
SUAMI : Abang akan sayang dia macam abang sayang awak..
suatu hari nanti dan Dia akan panggil awak.. UMMI!
Sebab tu abang tak boleh janji.. InshaAllah abang akan
sayang anak perempuan kita macam abang sayang awak.
Bahkan mungkin lebih.... Dan mereka sama-sama tersenyum.
Wednesday, November 6, 2013
Sejujur Nya....
MENJAUHI RIYA' DAN
MENGUTAMAKAN KEIKHLASAN
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:? Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Huraian:
Di antara tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu lebih suka menyembunyikan kebaikannya sebaliknya tidak suka jika kejahatannya disembunyikan. Dia melakukan kebaikan semata-mata kerana mahukan keredhaan daripada Allah S.W.T.
Sebaliknya riya' pula adalah mencari sesuatu untuk keuntungan diri daripada amalan yang dilakukan di dunia sama ada untuk mendapatkan pujian, sanjungan, hadiah dan sebagainya bahkan hal ini termasuk dalam perbuatan syirik (syirik khafi).
Perbuatan riya' (suka menunjuk-nunjuk), jika telah menjadi satu tabiat, lambat laun akan menyebabkan orang yang melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu ubat riak ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin diserlahkan oleh nafsu kecuali amalan yang tidak dapat tidak, mesti dizahirkan seperti solat berjamaah, berpuasa dan yang seumpama dengannya.
Orang yang riak adalah termasuk orang yang munafik. Maka tiadalah pahala bagi perbuatan baik yang dilakukannya itu di sisi Allah S.W.T, sekalipun ia terpuji di mata manusia.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:? Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Huraian:
Di antara tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu lebih suka menyembunyikan kebaikannya sebaliknya tidak suka jika kejahatannya disembunyikan. Dia melakukan kebaikan semata-mata kerana mahukan keredhaan daripada Allah S.W.T.
Sebaliknya riya' pula adalah mencari sesuatu untuk keuntungan diri daripada amalan yang dilakukan di dunia sama ada untuk mendapatkan pujian, sanjungan, hadiah dan sebagainya bahkan hal ini termasuk dalam perbuatan syirik (syirik khafi).
Perbuatan riya' (suka menunjuk-nunjuk), jika telah menjadi satu tabiat, lambat laun akan menyebabkan orang yang melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu ubat riak ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin diserlahkan oleh nafsu kecuali amalan yang tidak dapat tidak, mesti dizahirkan seperti solat berjamaah, berpuasa dan yang seumpama dengannya.
Orang yang riak adalah termasuk orang yang munafik. Maka tiadalah pahala bagi perbuatan baik yang dilakukannya itu di sisi Allah S.W.T, sekalipun ia terpuji di mata manusia.
http://fadir78.blogspot.com/