Monday, December 30, 2013
5 Perkara YAHUDI Tak Nak Kita Tahu!
1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.
2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
http://fadir78.blogspot.com/
IMAN SEMUT DAN IMAN MANUSIA
ANTARA IMAN SEMUT DAN IMAN MANUSIA
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah
Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah
Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu
yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: “Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.
Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di
tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus
ini ada rezeki untuk ku”.
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:
“Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar
makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”
Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji
gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh
dalam bekas dan tutup bekas itu.
Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi
hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman
menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata
kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan
setengah”.
Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong,
kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya
sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri
dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa
padaku.
Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup,
rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab
itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu
lupa”.
Itulah Iman Semut!!
MANUSIA
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati.
Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.
Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu.
Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik
kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke
kubur untuk korek balik.
Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir.
Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya:
“Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua
sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat.
Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang!”.
Jawab Imam Suffian: “Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah.
98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”.
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.
Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kamil: “ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA
DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH
APABILA DIBELANJAKAN”.
Soalan: Bagaimanakah IMAN kita?
http://fadir78.blogspot.com/
Thursday, December 19, 2013
KEUTAMAAN SAF YANG PERTAMA
Huraian:
Solat berjamaah adalah lebih besar ganjarannya daripada bersolat seorang diri dengan 27 kali ganda pahalanya.
Setiap saf mestilah disusun dengan sempurna iaitu rapat dan penuh serta tidak terputus-putus.
Orang-orang yang mengambil berat tentang barisan (saf) sembahyang jemaah yang disertainya dijanjikan balasan rahmat dari Allah S.W.T serta malaikat mendoakan kebaikan untuk dirinya malah orang yang masuk menutup celah-celah saf sembahyang akan diangkat lagi martabatnya dengan satu darjat.
http://fadir78.blogspot.com/
Tuesday, December 17, 2013
Nilai Sebenar Seorang Isteri...
Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan
yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.
PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua,
teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.
PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"
Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.
PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."
PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”
Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.
Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.
PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"
Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan
berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.
Setelah suasana tenang,
PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang
tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak
yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari
lagi?"
Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.
Lalu lelaki itu menjawab:
”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya,
manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan
meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam
hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang
memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah
yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”
Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri2 anda..
http://fadir78.blogspot.com/
Monday, December 16, 2013
Ketentuan Allah Dan Perancangan Allah Adalah Terbaik.
Tentu setiap orang daripada kita mesti ada perancangan kan? dan amat jarang sekali perancangan itu menepati kehendak kita jikalau tidak pada kehendak Allah. Memang, kita mempunyai perancangan demi perancangan untuk meneruskan cebisan hidup yang telah diamanahkan oleh Allah swt. Sebaik-baik perancangan adalah memohon keredhaan Allah swt, kerana perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Jadi apa yang ditentukan oleh Allah kita hendaklah redha dan ikhlas menerima walaupun kita rasa sukar, insyaAllah akan jadikan lebih mudah untuk kita. Mungkin kita tidak tahu kebaikan di sebalik ketentuan Allah dan juga mungkin kita tidak tahu keburukan disebalik kehendak kita.
Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”
Dalam Al-Quran
Kita mempunyai buku panduan iaitu Al-Quran, jadi Al-Quran adalah rujukan dan panduan terbaik untuk umat manusia meneruskan kehidupan. Jadi Dalam Al-Quran sudah menyatakan masalah ini 1400 tahun dahulu lagi sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 216 bermaksud
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
Akhir Kata
Oleh yang demikian, beranggapan baiklah kita dengan segala ketentuan Allah. Sememangnya di sana telah ditakdirkan yang terbaik untuk kita semua. Percayalah Dialah Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Perkasa
http://fadir78.blogspot.com/
Thursday, December 5, 2013
RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
BERIMAN KEPADA EMPAT PERKARA
Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya empat perkara, iaitu: Mengetahui dan meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran, dan percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang, dan percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati, serta percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah." (Hadis Riwayat Ali R.A)
Huraian:
Setiap umat Islam wajib mengimani perkara-perkara berikut:
Percaya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T.
Percaya bahawa Muhammad adalah nabi dan rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan ajaran-Nya.
Percaya bahawa setiap manusia pasti akan mati apabila sampai ajalnya di mana setiap seorang akan melalui saat sakratul maut� yang telah ditetapkan caranya.
Percaya bahawa setiap manusia yang telah mati, di hari akhirat kelak mereka akan dibangkitkan semula untuk dihisab amalan mereka oleh Allah .
Percaya dengan kadar takdir (qadha' dan qadar) Allah.
Sesiapa yang mengingkari mana-mana perkara tersebut seperti menaruh perasaan syak dan ragu-ragu di dalam hati (tidak yakin) maka akan rosaklah aqidah Islamnya.
Beriman bermaksud percaya dan membenarkan segala sesuatu yang didatangkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu tiap-tiap perkara yang disampaikan dan diajarkan oleh baginda itu sebenarnya datang dari Allah bukanlah rekaan, khayalan dan sebagainya.
(SUMBER : JaKiM)
http://fadir78.blogspot.com/
Wednesday, December 4, 2013
Gerbang Perkahwinan Itu....
Oleh kerana tidak memahami perkara ini, ramai orang merasakan diri mereka tertipu dengan pasangan masing-masing.
Ketahuilah bahawa perjalanan alam perkahwinan lebih mudah jika tanggungjawab dapat dikongsi bersama.
http://fadir78.blogspot.com/