Wednesday, July 24, 2013

Mengenali Keikhlasan


SATU DALAM 600,000 ORANG
Abdullah bin Mubarak menceritakan sewaktu beliau tertidur di Masjidil Haram, beliau ternampak dua malaikat turun dari langit. Berkata salah seorang darinya, “Berapa ramai bilangan yang menunaikan haji tahun ini?” Jawab yang disebelahnya, “600,000 orang.”


“Di antara mereka berapakah yang diterima hajinya?” Jawab malaikat kedua, “Di antara mereka, hanya seorang saja. Namanya Muwaffaq, dia tinggal di Damsyik, pekerjaannya sebagai tukang kasut, dia tidak dapat berhaji, tetapi hajinya diterima oleh Allah,” Bila tersedar dari tidur, Abdullah segera berangkat ke Damsyik untuk mencari lelaki ini.

Setelah bertemu, Abdullah pun bertanya, “Terangkan padaku, apakah amalanmu sehingga mencapai darjat yang tinggi?” Jawab Muwaffaq, “Dengan rahmat Allah, aku telah mengumpulkan wang sebanyak 300 dirham yang aku simpankannya untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Waktu itu, isteriku sedang hamil dan dia telah tercium sesuatu dari rumah jiran dan dia menyuruhku memintanya sedikit kerana mengidam.

Aku pun mendapatkan jiranku itu. Berkata jiranku kepadaku, “Aku terpaksa memberitahumu satu perkara, anak-anakku sudah tiga hari tidak makan.”

Sewaktu aku keluar mencari makanan, aku terjumpa bangkai himar lalu aku potong sebahagian dagingnya lalu aku masak, maka makanan ini halal bagi kami tetapi haram bagimu.

Mendengarkan kata-kata wanita ini, aku segera pulang ke rumah dan mengambil wang 300 dirham itu lalu aku berikan padanya. Aku berkata kepada diriku, “hajiku hanya di pintu rumah jiranku.” Hanya itulah saja amalanku.

Demikianlah besarnya rahmat Allah kepada hambanya, sesungguhnya Allah tidak memandang pada harga yang kita ada tetapi niat yang ikhlas lagi suci.



http://fadir78.blogspot.com/

Erti Kasih Sayang...

 Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan
berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.

Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.
Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt.
 http://fadir78.blogspot.com/

Ke Agungan surah dalam Al-Quran




 BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya ibrahim dan bapak saudaranya abu thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)
1)biakan didalan ini anda tanpa bermanfaat untuk orang lain.
2) anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,
"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala

http://fadir78.blogspot.com/

Wednesday, July 17, 2013

Pedang Pejuang Islam



Pedang Salahuddin al-Ayubbi paling tajam di dunia?

Pedang Salahuddin Al-Ayyubi diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.

Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

Wallahua'lam.


http://fadir78.blogspot.com/

Nanti Jangan Terlalu Menyesal...

Tersebut al-kisah.

Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa.

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.

Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.

Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal.

1. Paling menyesal ialah yangg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yangg dibawa walaupun mempunyai peluang.

2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.

Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yangg terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh, kadang-kadang perangai macam kafir lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.

Orang-orang kafir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal.

Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin..

http://fadir78.blogspot.com/

FADHILAT BERPUASA



RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

FADHILAT BERPUASA

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Azza wa Jalla berfirman maksudnya: "Segala amal bakti anak Adam adalah untuknya, kecuali amalan puasa, (maka) ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya (dengan balasan yang sebaik-baiknya). (Hadis Riwayat Muslim)

Antara Faedah Puasa

· Puasa melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin.
· Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan.
· Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan yang memerlukan.
· Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah.
· Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat Terpuji.
· Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri.
· Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan.
· Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia.

COPY by PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : Al-Hadis)


http://fadir78.blogspot.com/

Monday, July 15, 2013

PERTANYAAN MALAIKAT DIDALAM KUBUR


: PERTANYAAN MALAIKAT DIDALAM KUBUR :

Tanya : Man Rabbuka ? Siapa Tuhanmu ?
Jawab : Allahu Rabbi . Allah Tuhanku .

Tanya : Man Nabiyyuka ? Siapa Nabimu ?
Jawab : Muhammadun Nabiyyi . Muhammad Nabiku .

Tanya : Ma dinuka ? Apa Agamamu ?
Jawab : Al-Islamu Dini . Islam agamaku .

Tanya : Man Imamuka ? Siapa imammu ?
Jawab : Al-Qur'an Imami . Al-Qur'an Imamku .

Tanya : Aini Qiblatuka ? Dimana kiblatmu ?
Jawab : Al-Ka'batu Qiblati . Ka'bah Qiblatku .

Tanya : Man Ikhwanuka ? Siapa saudaramu ?
Jawab : Al-Muslimun Wal-Muslimat Ikhwani . Muslimin dan Muslimah saudaruku .

Jawapannya sangat sederhana bukan ? Tapi apakah sesederhana itukah kelak kita akan menjawabnya ?

Saat tubuh terbaring sendiri di perut bumi .
Saat kegelapan menghentak ketakutan .
Saat tubuh menggigil gemetaran .
Saat tiada lagi yang mampu jadi penolong .

Ya , tak akan pernah ada seorang pun yang mampu menolong kita.
Selain amal kebaikan yang telah kita perbuat selama hidup di dunia .

Nauzubillah min zalik..

Buah Hatiku Berbagi ilmu parenting islami, motivasi dan inspirasi keluarga Muslim Semoga ada hal yang bermanfaat yang terdapat di dalamn

http://fadir78.blogspot.com/

Bersedekah...


"Percayalah...hidup ini bagai putaran roda.Tidak selamanya kita diatas dan tidak selamanya kita dibawah.Andai berada dipuncak,jgnlah sombong dan angkuh dgn menutup segala pintu pertolongan kpd mereka yg benar2 memerlukan...
segala nikmat dan kesenangan yg kita miliki adalah dgn izinNYA,dan ia adalah utk dikongsi bersama insan lain.Bukannya utk menjadikan kita takbur, hidup ini saling memerlukan kita menghulurkan satu ikatan bernama pertolongan..."

http://fadir78.blogspot.com/

Khasiat Tersembunyi Buah Kurma


Khasiat Tersembunyi Buah Kurma yang jarang diperkatakan:

• Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.

• Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.


• Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

• Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?


• Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

• Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?


• Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

• Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?


• Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?

• Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?


• Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

• Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?


• Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?

• Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?


• Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?


• Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?


• Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?


• Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?

• Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?


• Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?


• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?


• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?


• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?


• Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?


• Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?


• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?

• Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?


• Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?

• Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?


• Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?


• Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?

• Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?


• Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?


• Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?

• Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?


• Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?

• Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?


• Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?

• Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?


• Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?

• Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?


• Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?

http://fadir78.blogspot.com/

Friday, July 12, 2013

Tauladan Rasulullah SAW



Tauladan Rasulullah SAW

Pernah suatu hari Siti Aishah RHa berselisih(ada kekhilafan) dengan Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW berkata kepada Siti Aishah RHa, "Kita memerlukan org tengah untuk mengadili di antara kita." Maka Siti Aishah RHa pun mencadangkan ayahnya, Saidina Abu Bakar RA sebagai orang tengah itu. Rasulullah SAW bersetuju dan menjemput Saidina Abu Bakar RA untuk mengadili diantara Rasulullah SAW dan Siti Aishah RHa.

Bila setibanya Saidina Abu Bakar RA di rumah, maka Siti Aishah RHa berkata, "Berkata jujurlah oleh mu wahai Rasulullah." Mendengar kata-kata Siti Aishah RHa itu, maka Saidina Abu Bakar RA terus menampar puterinya itu sambil berkata, "Mengapa berkata demikian kepada Rasulullah SAW sedangkan kamu tahu bahawa Rasulullah tidak pernah berbohong."
Siti Aishah RHa terus berselindung dan bersembunyi dibelakang Rasulullah SAW.

Lantas Baginda Nabi SAW bersabda kepada Saidina Abu Bakar, "Kami menjemput kamu untuk mengadili di antara kami. Bukannya untuk melakukan yang demikian(perbuatan menampar) dan kami pun tidak mahu kamu melakukan yang demikian(perbuatan menampar)."

Saya suka tengak Nabi SAW. Walaupun bergaduh dengan isteri, tetapi isteri Baginda Nabi SAW tetap berselindung dibelakang Nabi SAW untuk minta dijaga dan diselamatkan dari sebarang bahaya. Bagi mereka(isteri Nabi SAW) Rasulullah SAW adalah penyelamat di dunia dan akhirat mereka.

"Ya Allah, jadikanlah aku, hamba Mu ini, sebagai suami yang dapat membawa isteriku menuju Syurga Mu. Allahumma Amiiin."

Oleh : Ustaz Don Daniyal Biyajid


http://fadir78.blogspot.com/

Wednesday, July 3, 2013

Berita dari SYRIA

 2 July 2013

Tangisan seorang bapa keatas pemergian anak perempuannya akibat dari serangan tentera Assad Laknatullah di Kota Damsyik hari ini dan lebih dari 11 orang mangsa yang telah terkorban.
حسبنا الله ونعم الوكيل

Link Video
: http://www.youtube.com/watch?v=UJL8rsLLxqk


Anak kecil ini namanya Musab al-Azhari. Ibu bapa dan adiknya telah terbunuh dalam serangan pada awal pagi. Beliau sedang tidur dengan keluarga dalam keadaan aman. Tubuh anak kecil ini dahulunya telah dipenuhi oleh ciuman kasih saying dari ibu bapanya. Amat menyedihkan apabila dia terjaga dan mendapati badannya telah diselimuti oleh api kebakaran.

Kota lama Homs – Anak kecil, Musab al-Azhari telah terbakar badannya.

LINK VIDEO :
http://www.youtube.com/watch?v=bWL2Lfyl1EU&feature=youtu.be


 (26-6-2013)

Ankhal, Daraa . Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera-tentera Assad di bandar Ankhal di Daraa hari ini.
Pasukan Assad mengebom salah satu daripada rumah-rumah orang awam dalam serangan ini yang mengakibatkan Kepada kematian empat orang anak yang masih dibawah umur.

LINK VIDEO
: http://www.youtube.com/watch?v=GJ9h12kNTqM&feature=youtu.be



 Homs, 25 JUN 2013

Laknat Allah ke atas Bashar!!
Assad Laknatullah menyembelih anak-anak Homs dan dunia hanya mampu melihat.

حسبنا الله ونعم الوكيل


Link Video
: http://www.youtube.com/watch?v=U7RrMpjfoUg&feature=youtu.be


 Deir El Zour: Di mata tentera rejim, anak kecil ini , Wadak Aghi kelihatan seperti seorang pelampau Islam berbahaya, satu ancaman kepada masyarakat Syria yang telah disasarkan dan dibunuh.
Di mata manusia yang baik hati dan punyai jiwa yang bersih, dia adalah hanya anak kecil, bayi perempuan yang dibunuh oleh rejim kejam dan tidak berperikemanusiaan dengan menggunakan senjata yang sebenar . Walaupun pasukan perubatan beroperasi selama tujuh jam dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa beliau, kecederaan beliau terlalu besar untuk terus hidup dan dia meninggal dunia di tempat yang sangat terkenal sebagai 'Checkpoint Kematian' Deir El Zour ini (dinamakan sedemikian kerana ramai orang awam secara rawak dibunuh oleh tentera rejim Assad Laknatullah) di jalan utama di luar bandar kerana anak kecil Wadak Aghi telah dipindahkan ke hospital lain pada hari Rabu 12 Jun 2013.

Kami tidak akan meminta maaf atas sifat ngeri dan menyayat hati imej ini; dunia perlu meminta maaf kepada Syria untuk meninggalkan kecil Wadak Aghi dan beribu-ribu bayi Syria lain dan anak-anak yang akan disembelih oleh rejim Assad Laknatullah yang memandang mereka rakyat Syria sebagai "cagaran kerosakan ."


 Ibu ini menangis meraung apabila dia melihat anaknya meninggal dunia.Dia berharap untuk meninggal dunia dahulu, sebelum melihat anaknya sebagai syahid.

Ya Allah, Engkau balaslah perbuatan dendam dari hati Syiah yang paling jahat, yang memb
enci anak-anak kami. Engkau berikanlah balasan yang setimpal. Engkau berikanlah kesengsaraan kepada mereka seperti mana mereka telah lakukan kepada kanak-kanak Syria kami kami ,apabila mereka kehilangan anak tersayang dan orang yang disayangi .

http://youtu.be/ILmOxOn4MWw



 
Wahai umat islam ,LIHAT!!

Ini adalah Syria!!

 27 JUN 2013
Bandar Saida , Lubnan

As Syahid (InsyaAllah) Adnan Al-Bayoumi, beliau telah diseksa oleh Tentera Lubnan (Hizbullah) sehingga terbunuh di Masjid Bilal Ben Rabah di Bandar Saida yang terletak di Lubnan.



 Sungguh, Syria sedang memanggil anda semua.
Mereka sedang bertanya, di manakah doktor-doktor umat Islam?
Adakah kanak-kanak muslim di Syria tidak bernilai untuk dirawat secara sukarela oleh doktor lelaki atau perempuan? Mereka hanya memerlukan seorang doktor selama sebulan secara bergilir.

Wahai saudaraku para doktor sekalian,
Demi Allah, sesungguhnya kesudian anda menjadi sukarelawan ini adalah satu jihad di jalan Allah.

Ini adalah seruan Islam.

Ini adalah seruan kemanusiaan.

Ini adalah seruan khusus kepada para doktor yang dalam dirinya ada perasaan ingin membantu untuk merawat mangsa-mangsa kecederaan di hospital-hospital Syria dan di dalam Syria sendiri walaupun hanya untuk waktu yang terhad.

Kepada sesiapa yang sudi untuk berkhidmat secara sukarela untuk membantu mangsa-mangsa kecederaan Syria, anda boleh menghubungi saudara Abdul Majid Barakat, Pengerusi Commission for Syrian Relief di Syria sama ada melalui

1) Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100002194602224

ataupun

2) hubungi nombor: 00905075711936

Perhatian penting: Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi saudara Abdul Majid secara terus tanpa melalui Syria Care kerana beliau merupakan orang yang akan bertanggungjawab terhadap kemasukan dan penjagaan doktor-doktor sukarelawan untuk merawat mangsa-mangsa kecederaan di Syria.


 Wahai Saudara2 kami,mari lah kita sama menghulurkan bantuan dengan apa yang kita terdaya dan mampu....sesungguh nya Saudara2 kita di sebelah sana sangat2 lah memerlukan kan bantuan kita...


http://fadir78.blogspot.com/

Farish meraikan acik Anne Schmitt

 Ahad lepas Farish sekeluarga telah di kunjungi Tetamu istimewa yang datang dari terengganu iaitu acik Anne Schmitt bersama dengan atok Dollah dan anak nye ...Di kabarkan oleh Atok Dollah bahawa kunjungan kali ini ada lah kunjungan kali akhir acik Anne Schmitt ke rumah kami memandangkan acik Anne Scammit ada lagi masa 1 minggu untuk berada di Bumi Malaysia...Selepas ini Acik Anne Schmitt akan pulang ke Tanahair nye di Germany...Tujuan kehadiran acik Anne Schmitt ke Malaysia adalah atas Program pertukaran pelajar Antarabangsa yang dia anjurkan oleh kerajaan Malaysia...

 Farish meraikan Tetamu  besarapan pagi dengan juadah mee hon dan sagu lemak manis...Jamuan ala kadar tapi sangat memuaskan kerana Tetamu sungguh berselera dengan juadah yaang di hidangkan....Farish pun bertambah 2 kali mee hon tu....Ceedappp....


    Sagu lemak manis yang benar2 Membuatkan acik Anne schmitt beselera...First time jumpa dan sangat sedap kata nye....Untuk membuktikan kata2 nye...acik Anne Schmitt siap bertambah 2-3 kali lagi....Memang dia suka sagu lemak manis....Siap ummi farish tapaw ( bekalkan ) kan untuk acik Anne Schmitt...
     Bye2 acik Anne Schmitt kalau ada masa Datang lagi.....



http://fadir78.blogspot.com/