Friday, December 28, 2012

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W


  1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati
 http://fadir78.blogspot.com/

Wednesday, December 19, 2012

:::ISU SEBENAR YANG BERLAKU DI SYRIA :::


:::ISU SEBENAR YANG BERLAKU DI SYRIA :::
Isu sebenar yg berlaku di Syiria.. kedatangan Ulama'
(Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, mnerangkn keadaan saudara kita di sana.. BESARNYE FITNAH SYIAH LAKNATULLAH!!

Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

1)Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine,
walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun..

Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYATEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yg ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yg tidak direkod berpuluh2 ribu lg kematian..

2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka bdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. dimana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..

3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan sgala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.

kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid di hina..org Syiah mencabuli wanita ahli sunnah dlm masjid.

di Syiria tiada Hospital untuk bantu org Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akn ditangkap dn dibunuh juga..

SYIAH buat kekejaman sbb dia brpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dpt sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dpt bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!

*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sbb bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dn brsatu..

*Beliau PESAN LAGI: pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. kerana pemimpin yg benar2 kpd Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada pmbawakn kpd Islam yg sbenar..
RENUNG2KANLAH...
 http://fadir78.blogspot.com/

Derma Tabung Syiria


Gambar diatas ini merupakan antara barangan berharga yang telah didermakan oleh rakyat Malaysia dalam siri jelajah di beberapa negeri baru-baru ini. Ia juga sebagai satu gambaran bahawa rakyat Malaysia menolak sama sekali kekejaman hasil kerja tangan yang telah dilakukan oleh Syiah Majusi Laknatullah alihim ajmain di Bumi Syria. Semoga Allah merahmati bumi Malaysia dan menghindari dari bahana Syiah agar ia tidak menular dalam negara ini.

 Gambar di atas ini pula memberi peluang kepada  Saudara Saudari pembaca yang tidak Berpeluang Meyumbang atau menderma semasa Program tersebut Maka boleh boleh lah menyumbang melalui no akaun yang tertera pada gambar ini...Semoga sumbangan saudara saudari akan di balas dengan pahala berjihad...Aminn...

http://fadir78.blogspot.com/

Kemenangan Untuk Memerdekan Palestin Terlalu Hampir Tetapi...


Kemenangan Untuk Memerdekan Palestin Terlalu Hampir Tetapi...
Pada 14 Mei 1948 David Ben-Gurion telah mengisytiharkan wujudnya Negara Israel yang merdeka lalu diiktiraf oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat.

IKhwan Muslimin telah mengada
kan mesyuarat dan mereka telah mendesak Mesir dan negara-negara Arab lain supaya mengisytihar jihad terhadap Israel serta menggunakan apa sahaja cara yang mungkin untuk menyelamatkan Palestin daripada kehancuran. Ekoran dari itu berlaku Perang Arab-Israel1948.

Ikhwan Muslimin telah menghantar 10,000 mujahidin, kemudian diikuti beberapa Negara Arab yang lain antaranya Mesir, Syria, Iraq, Jordan,Lubnan dan beberapa Negara arab lagi sehingga jumlah mereka seramai 47500 orang.

Mujahidin yang dihantar Ikhwan Muslimin berjuang di barisan hadapan dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Hasan Al Banna. Mereka berjuang dengan gagah berani sehingga setiap kali pertempuran mereka beroleh kemenangan. Mereka terus mara sehingga sampai ke pinggir Tel Aviv.

British, Amerika Syarikat dan sekutunya yang menyokong Israel berasa bimbang jika Negara haram yahudi itu dikalahkan tentera Arab. Mereka mendesak kedutaan masing-masing yang berada di Mesir mendesak Perdana Menteri Mesir Nuqrasyi Pasya supaya menarik pasukan tenteranya dan bertindak ke atas Ikhwan Muslimin yang kononnya pertubuhan itu sedang merancang hendak merampas kuasa.

Perdana Menteri Mesir memanggil pulang tentera Mesir dan tentera al-Ikhwan yang berjuang di Palestin. Kepulangan mereka bukan disambut sebagai pahlawan tetapi mereka ditangkap, dipenjarakan malah ramai yang dibunuh.

Pada 10 Jun 1948 diadakan gencatan senjata. Tetapi itu hanya helah Israel untuk memusnahkan tentera Arab. Apabila tentera Mesir dan Mujahidin Ikhwan Muslimin pulang maka tentera Arab yang lain berasa lemah semangat untuk berperang.

Gencatan senjata itu hanya helah Israel dan sekutunya. Semasa gencatan senjata Israel menerima senjata dari Amerika, Britain dan sekutunya. Kemudian Israel menyerang semula lalu mengalahkan pasukan Arab.

Hasan Al Banna dibunuh kerana menghantar 10 ribu pejuang ke Palestin dan berjaya menyatukan Negara Arab supaya menentang Israel. Mereka tidak mahu wujud tokoh yang mengikut jejak Salahuddin Al Ayubi yang berjaya menyatukan Negara Arab sebelum menakluk Jerusalem.


 http://fadir78.blogspot.com/

Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki


 Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki
 
1. Untuk mendapatkan cahayamata lelaki, air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian, tidurlah dengan mengiringkan badan isteri ke sebelah kiri (untuk seberapa lama yang boleh).

2. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

3. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting. 

4. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

5. Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan ke dalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan, jika sabit ada penyakit baka apabila melahirkan anak perempuan.

Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki
1. Untuk mendapatkan cahayamata lelaki, air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian, tidurlah dengan mengiringkan badan isteri ke sebelah kiri (untuk seberapa lama yang boleh).

2. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

3. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.

4. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

5. Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan ke dalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan, jika sabit ada penyakit baka apabila melahirkan anak perempuan.
 
6. Berdoa kepada ALLAH SWT dan bertawakal kepada nya dan redha akan ketentuan nye...
http://fadir78.blogspot.com/

Perisai Akhirat

Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah S.A.W datang kepada kami dan bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi kamu! Para sahabat R.Anhum bertanya: Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang? Baginda bersabda: Ambillah perisai untuk melindugi kamu dari api neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, - Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapannya, disebelah belakangnya, dikanannya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjarannya. (HR Tabrani. Majma`ul Bahrain).

Keterangan
Dalam hadith dinyatakan "Kalimat ini akan berada dihadapan pembacanya: bermaksud ialah dia akan menjadi penyokong dan pembela untuknya. Dan :berada disebelah belakang, kanan dan kirinya" bermaksud dia akan melindungi pembacanya dari segala azab dan siksa.
 http://fadir78.blogspot.com/

Thursday, December 13, 2012

Kelebihan SYAHID

 Pemuda al Qassam - generasi pemburu syahid

Subhanallah…merekalah generasi anak muda yang merindui kemuliaan mati syahid dan masing-masing bekerja kuat bagi menagih keistimewaan syahid seperti maksud sabdaan Rasulullah :

“Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:

1-diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
2-melihat tempatnya di dalam surga
3-dilindungi dari azab kubur
4-terjamin keamanannya dari malapetaka besar
5-merasakan kemanisan iman,
6-dikahwinkan dengan bidadari,
7-dan diperkenankan memberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)


 http://fadir78.blogspot.com/

Thursday, December 6, 2012

Sakit Kepala ???

 
Petua Untuk Melegakan Sakit Kepala

Pilihan 1: Ambil 3 atau 4 keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Sakit kepala anda akan hilang serta merta.


Pilihan 2: Cuba tutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan selama a 5 minit. Sakit kepala akan sembuh.


http://fadir78.blogspot.com/

Di Sabalik Anak Kecil Menangis Malam

 Ada 'rahsia' mengapa kita dilarang memukul anak-anak yang berumur bawah setahun.
Banyakkan bersabar sekiranya bayi anda mengalami sindorm kuat menangis malam. ~

 http://fadir78.blogspot.com/

Wednesday, December 5, 2012

KANSER DAN PUNYA NYA



Punca kanser badan terlalu Berasid !!!
Sekadar berkongsi ... ...

Sel Cancer akan merebak dengan cepat jika tubuh berasid 6.6 ph hingga 5.5 ph


Faktor tubuh berasid

1· Pemakanan jika diambil berlebihan dalam jangka waktu yang lama

a· Jenis makanan tinggi protein terutamanya protein haiwan contohnya daging lembu dan ayam. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang.

b· Minuman bergas dan jus buah-buahan terutamanya yang telah diproses dan mengandungi bahan pengawet dan juga pewarna.

c· Makanan yang telah diperap seperti jeruk, ikan kering dan juga makanan ringan yang terlalu tinggi kandungan MSGnya.

2. Faktor emosi, mental dan spirit yang negatif. Kajian menunjukkan cara berfikir, sikap dan emosi yang negatif akan meningkatkan tahap keasidan dalam darah.
 

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali


http://fadir78.blogspot.com/

Monday, December 3, 2012

7 KEAJAIBAN SELEPAS ANDA MENANGIS!


 
Siapa kata menangis tak ada gunanya? Jika selalu sangat menangis sememang boleh membuatkan mata anda menjadi merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata boleh menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh badan dan fikiran. Disunting dari Beliefnet, ini dia 7 keajaiban yang boleh anda dapatkan setelah menangis dan berair mata.

1. Membantu Penglihatan


Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh Bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan Mood

Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan menaik kembali. Air mata yang dihasilkan dari jenis menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan Racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan melalui mata.

5. Mengurangkan Stress

Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun Komuniti

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membina sebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan Perasaan

Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera pelbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega dan tenang.

Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran ada semasa menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis sepuas-puasnya.



 http://fadir78.blogspot.com/