Thursday, April 22, 2010

PESANAN UTK SAMPAI MENYAMPAIKAN

((Tmn2Syurga)) PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik.

Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.

Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.

Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama.

Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa. Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan.

Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa.

Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu mela yani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.

Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu.

Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur.

Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.

Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.

Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.

Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya.

Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya.

Sabda Rasulullah s. a. w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah.

Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pa hala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka.

Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya ... semoga Allah perkenankannya.

Extract From E.Sham Blog

mfab :))

NILAI SEKEPING SIJIL DAN HATI


Tahun 2008 mungkin tahun bertuah bagi ramai org..begitu juga dengan aku yg mana pada tahun ini aku telah di anugerah kan sekeping sijil khidmat cemerlang 2008 beserta wang saguhati sebanyak rm 1000.00...alhamdulilah...terima kasih fem..terima kasih upm..Utk mendapat kan sekeping sijil ni..rupa-rupan nya aku telah mencurahkan bakti dan berhempas pulas hampir 7 tahun dari aku mula kerja..
selama 7 tahun bekerja ni walaupun x lama mana sgt pun...akan tetapi mcm2 kerenah dan perangai peribadi lain2 org yg dah aku jumpa...ada yg menyakitkan hati...menlucukan..rasa mcm x nak jumpa org itu lagi..dan mcm2 lah...
Tapi apa yg aku nak ceritakan kat sini nilai sekeping sijil ini..yg mana kadang2 itu akan membuatkan aku rasa bersalah dan terhutang budi pada majikan aku...lebih2 lagi bila kadang2 tu aku menlangar sedikit peraturan kerja...selalu keluar minum waktu kerja..ya mana mmg dah 1 tabiat org2 disini...x kan lah x minum...mana boleh buat kerja...bila dah minum...mesti nak sembang2...bila dah sembang...sedar x sedar kat 2 jam berlalu..aduiii....patut lah kat 15 tahun kerja masih lagi x dapat2 anugerah cemerlang...
Tapi ramai pula yg kata ramai yg dapat anugerah cemerlang tu adalah kaki ampu bos...ermm sedih juga bila org kata kita mcm tu...kalau kat korang..kor org kakan kata apa..bila dah kena tuduh mcm tu...??? ermmm jgn bimbang...mana ada org nak buat jahat ngn bos..klau bos jaga staf dia baik2...mana ada org nak berikan khidmat kat bos dia kerja yg sembail lewa shaja...eerrmmm ntah lah....tepuk dada tanya selera...

Renung renung kan !!!
-Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

mfab :))

Friday, April 16, 2010

AVAIL BUEATY PENJAGAAN LUAR DALAM TUBUH WANITA


FC Bio Sanitary Pad

Avail Beauty Sdn. Bhd. Malaysia memperkenalkan anda satu konsep yang terbaru, iaitu FC Bio Sanitary Pad yang diperbuat daripada ramuan herba semulajadi.

FC Bio Sanitary Pad yang bermutu ini diperbuat daripada:

Bahan mentah yang berkualiti dan selamat

Tidak mengandungi agen fluoresen, agen peluntur berklorin, Dioksin atau bahan-bahan lain yang merbahaya.

100% Liputan Kapas

Ia adalah rakan sebaya para wanita yang meneman anda melalui sepanjang masa keemasan anda. FC Bio Sanitary Pad pastinya pilihan utama para wanita yang mengejar kesihatan dan kesejahteraan!

Fungsi dan Kelebihannya

Mencegah senggugut Mengawalatur kitaran haid

Mencegah buasir
Membuangkan angin perut

Menghilangkan bau
Membuang darah beku di rahim

Mencegah keradangan dan membasmi kuman
Mengurangkan keputihan, kekuningan dan kegatalan faraj

Menghilangkan kepanasan dan menguatkan rahim



Tuala Wanita Kapas Lembut Pantiliners (40 pads)



Menyerap buangan dengan efektif, rasa bersih dan segar semasa.

Perasaan selesa dan lembut semasa tempoh haid tidak aktif


Tuala Wanita, Kegunaan Hari , Permukaan Kapas Lembut (20 pads)



Diperkayakan dengan gel untuk penyerapan berdalir yang lebih kuat dan penyimpanan.

Rekaan unik bagi mengelakkan kebocoran tepi lekok panjang, untuk penegahan kebocoran yang efektif, selamat dan dipercayai.

Tuala Wanita, Kegunaan Malam , Permukaan Kapas Lembut (20 pads)



Diperkayakan dengan gel untuk penyerapan berdalir yang lebih kuat dan penyimpanan.

Pengawalan punggung yang lebih panjang dan luas, rekaan unik berbentuk kapas bahagian belakang dan tepi bagi pencegahan kebocoran lekuk panjang untuk pencengahan kebocoran yang efektif serta penyediaan secukupnya alas tutup, selamat dan dipercayai.

Reka Bentuk FC Bio Sanitary Pad





mfab :))

Wednesday, April 7, 2010

PRODUK SANGAT HEBAT DI ERA TERKINI

I-CHARGE nama produk di beri sangat mengkagumkan dan memuaskan para penggunanya..I-CHARGE ada lah satu produk yg dapat membantu penggunanya merasai nikmat nya dalam pemanduan yg sebenar....KENDERAAN AKAN MELUNCUR DENGAN LANCAR....PENJIMATAN MINYAK YANG YG TIDAK TERDUGA...PRODUK YANG SANGAT-SANGAT DI PERLUKAN DI PASARAN.....
BOLEH MEMBUAT PENDAPATAN YANG SANGAT LUMAYAN...

DAPATKAN DENGAN SEGERA DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN RM630.00 ,MEMANG BERBALOI-BALOI DENGAN HARGA YANG TAWARKAN...BOLEH HUBUNGI :FADIR 012-6603209













mfab :))